SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER MAYA SMEKSES
1.0 PENGENALAN BULAN PSS
Peringkat SMK Seri Selayang merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia
matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah,Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Program pada tahun 2019 ini akan
mengadakan aktiviti - aktiviti yang dapat mendekatkan murid-murid dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah di samping memupuk minat murid dengan pembacaan.
Pelbagai program dianjurkan oleh Panitia Matapelajaran dan Pusat Sumber Sekolah sendiri supaya dapat menarik minat murid untuk berkomunikasi, membaca pelbagai
bahan bacaan terutama buku, menyayangi buku, mendalami dan berusaha mencari ilmu demi kemerlangan diri dari pelbagai sumber.
2.0 MATLAMAT
Menarik minat murid untuk membaca dan mencintai ilmu dan pembelajaran semua subjek utama sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi
disamping meningkatkan kemahiran murid berbahasa dan berani ke hadapan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah.
3.2 Menarik minat murid untuk mecintai dan mendalami ilmu pengetahuan.
3.3 Menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan.