Perpustakaan Al-Kindi telah memulakan operasi di Kuala Lipis Pahang pada tahun 2002 setelah berpindah dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) di Kuantan.
Ia merupakan nadi dan penggerak ke arah pencapaian objektif kurikulum Institut Pendidikan Guru yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sehingga kini, koleksi Perpustakaan telah mencecah hampir 70,000 bahan yang terdiri daripada pelbagai bidang ilmu meliputi koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak.
Sesuai dengan fungsi dan peranan sebagai gedung ilmu, Perpustakaan sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya di samping mewujudkan suasana keilmuan yang selesa untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga IPGKTAA.
Mengurus dan menyediakan kemudahan akses sumber rujukan dan maklumat.
Memperkukuh penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat.
Penyampai sumber maklumat dan bahan rujukan kepada pensyarah serta pelajar.
Memelihara warisan intelek organisasi bagi penjanaan ilmu.
Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisyen dan efektif
Memperolehi dan mengguna kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan profesionalisme guru
Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat di kalangan pengguna.
Perpustakaan untuk Pendidikan Keguruan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Selaras dengan misi, visi dan objektif perpustakaan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kami berazam:
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang berkualiti, tepat, efisien, mesra dan terkini.
Memastikan pelanggan diberikan layanan terbaik dalam proses peminjaman, pemulangan dan pembaharuan pinjaman bahan.
Memastikan pertanyaan rujukan, cadangan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam masa dua puluh empat (24) jam.
Menyediakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat terkini bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan pengguna.
Membangun, memantap dan menguruskan koleksi perpustakaan yang relevan, berkualiti dan terkini dalam pelbagai bidang.
Memastikan semua permohonan pembelian bahan oleh pelanggan dipenuhi dengan menggunakan peruntukan tahunan dalam tempoh sembulan (9) bulan.
Menyediakan persekitaran perpustakaan yang kondusif dan kemudahan terbaik untuk kepuasan pelanggan.
Menyediakan dan menyampaikan maklumat terkini, cepat, tepat dan efektif setiap masa.