Matlamat Program NILAM yang ialah melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)
Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuan untuk :-
Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid
Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat membaca berkualiti.
Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca
Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan- pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.
Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dilaksanakan di bawah seliaan USTP Daerah dan SSTP JPN dengan kerjasama dan pemantauan oleh BSTP dan rangkaiannya sebagai urus setia. Pelaksanaan program NILAM di peringkat JPN dan BSTP serta rangkaiannya termasuklah memastikan pelaksanaan program NILAM itu sendiri seperti yang telah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005, menyelia, menilai dan melapor untuk tujuan penambahbaikan dan penyuburan. Dokumen panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Walau bagaimanapun kerangka asas yang menjadi asas kepada konsep dan pelaksanaan Program NILAM yang ditambahbaik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah dipatuhi. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang berkesan dan inovatif mengikut kreativiti masing-masing.
Bermula 5 Ogos 2019, perekodan NILAM telah dipermudahkan dan dipertingkatkan seiiring dengan kemajuan teknologi dan Dasar Pendidikan Digital (DPD) menggunakan medium perekodan ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS) yang dilaksanakan oleh semua murid sekolah KPM. Surat hebahan KPM.600-8/20/2 Jld.5 (76) bertarikh 2 Mei 2024.
YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Advance Integrated NILAM System (AINS) pada 19 Mac 2024. Sistem ini akan memberi pengiktirafan kepada kuantiti pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan dengan penambahan elemen-elemen baharu seperti Al dan gamifikasi. Sistem AINS membantu memudahkan urusan guru untuk mengesahkan bacaan dan aktiviti pengayaan murid. Pengiktirafan bintang dan sijil disediakan secara dalam talian sejurus aktiviti lengkap dilaksanakan. Melalui paparan dashboard yang disediakan, rekod bacaan, bintang pengiktirafan dan penarafan tahap pencapaian NILAM murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dapat dipantau secara 'real time'. Maklumat dan tatacara penggunaan AINS adalah seperti berikut :