Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan komuniti setempat.
Pada tahun ini, SK Sungai Rasau mengadakan program tersebut dengan pendekatan dan pengalaman yang berbeza. Sekiranya pada tahun sebelum ini, aktiviti ini diadakan secara bersemuka dengan warga sekolah. Namun pada tahun ini, ianya diadakan di lokasi masing-masing. Murid-murid membaca bersama ahli keluarga di rumah. Manakala, staf sekolah pula membaca di sekolah atau di kediaman masing-masing.
Seramai 10 orang guru, 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), 2 orang pekerja swasta dan 24 orang murid (Prasekolah sehingga Tahun 6) telah menyertai program murni ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.
Pembacaan bahan bacaan sama ada berbentuk digital, bercetak atau bahan ilmiah ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. 10 minit sahaja berjaya membudayakan amalan membaca di pelbagai peringkat usia dan golongan bangsa.
Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu.