PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
PUSAT SUMBER SK BAGAN JERMAL
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah merupakan antara aspek penting dalam sesebuah institusi pendidikan. Ia bukan saja berfungsi sebagai gedung ilmu atau pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai sumber ilmu pengetahuan serta maklumat malah mampu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengguna khususnya pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi. Di samping itu, PSS juga berperanan untuk membina dan mengukuhkan kemahiran mencari maklumat dan seterusnya melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’, ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.
Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, Butterworth berada di bawah pengurusan akademik yang ditadbir oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn Sinari bin Cik Dan. Pusat Sumber SKBJ diuruskan oleh Pn. Siti Zauyah binti Hamzah selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) . Terdapat 2 orang setiausaha pusat sumber dan dibantu oleh 23 orang pustakawan dari kelas tahun 3 sehingga tahun 6.