PULAU REDANG, TERENGGANU
PULAU REDANG, TERENGGANU
Imej dan Video
imej dan video menarik di Pulau Redang.
pantai di Pulau Redang
Penerangan Tempat
Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
Ia merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.
Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Peneroka awal Pulau Redang dipercayai berasal daripada Bugis Sulawesi, Indonesia.
Ia telah berkata bahawa terdapat tujuh adik-beradik Bugis yang mengembara dari Sulawesi untuk mencari penempatan baru. Salah seorangnya, Batin Talib telah akhirnya membuat keputusan untuk menjadikan Pulau Redang rumah barunya.
Beliau menubuhkan kampung pertama yang dihadapi ke arah lagun di Telok Kalong Besar di timur pulau itu. Untuk berteduh dari angin monsun yang kukuh, beliau berpindah ke sebuah pulau kecil di selatan yang dia menamakan Pulau Pinang kerana pokok pinang (pinang) di sini.
Seorang lagi, Batin Mina dikatakan telah menetap di Pulau Perhentian
Kakaknya Batin Cik Siti menuju ke Hulu Terengganu.
Keberadaan adik beradik yang lain tidak diketahui.
Aktiviti dan Tarikan
Snorkeling
Snorkeling ialah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel.
Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.
Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung.
Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling.
Scuba Diving
Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri)
scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.
Biodiversiti membuatkan Pulau Redang merupakan salah satu tempat paling popular untuk aktiviti scuba diving di semenanjung Malaysia.
Terdapat lebih 20 tempat untuk aktiviti menyelam yang sesuai untuk semua tahap penyelam.
Pulau Redang juga menawarkan lebih 80% spesies yang boleh dijumpai di ‘coral triangle’.
Jungle Trekking
Treking adalah sukan yang sihat untuk jantung, seluruh badan juga berfungsi ketika melakukan ‘trekking’, misalnya otot kaki, punggung, betis dan lengan.
Pulau Redang adalah salah cara untuk melihat flora dan fauna yang ada.
Spesies yang ada disini juga adalah spesies yang jarang ditemui.
servis ‘guides’ disarankan bagi mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang spesies tersebut a.
Trek yang disediakan disini adalah sesuai untuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba jungle trekking.
Penginapan
Laguna Redang Island Resort
Menyediakan pelbagai saiz bilik dan rumah tamu yang sesuai dengan keperluan tetamu.
Jenis bilik: Standard Room dengan 3 katil serta Deluxe Garden, Deluxe Pool dan Deluxe Sea dilengkapi katil kembar atau saiz queen.
Deluxe Garden berhadapan dengan hutan atau taman landskap
Dibina berdekatan dengan laut dan kolam.
Penginapan di sini juga dilengkapi dengan kemudahan tempat makan di mana anda boleh pilih untuk menjamu selera di Sang Suria Buffet, Seri Serai Ala Carte, Lobby Island Bar, Pool Side Bar, Tupai Beach Bar dan Warong Foodcourt. Selain itu,
Akses Wi-Fi juga disediakan percuma di bahagian lobby Resort.
Alamat: Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia
Ulasan pelanggan : "My wife and I stayed in this hotel during the last weekend. We loved this place. The daily buffet (3 times per day) was decently good, the staffs were very friendly, the rooms were clean and new."- sramraj_sivagnanam
Redang Beach Resort
Terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Panjang dan perjalanan di resort ini dikelilingi pasir pantai yang putih dan hidupan terumbu karang.
Ianya bertemakan gabungan reka bentuk moden dan kontemporari di seluruh hotel dan menawarkan penginapan yang selesa.
Jenis bilik: unit Standard, bilik Superior, unit Studio, Villa dan Club Deluxe.
Hanya Club Deluxe yang menawarkan penginapan bersaiz besar iaitu saiz keluarga. Unit villa boleh mendapat pemandangan kolam renang dan taman.
Penginapan yang tersedia juga dilengkapi dengan Wi-Fi, pendingin hawa dan televisyen.
Aktiviti yang terdapat dalam pakej yang tersedia termasuklah sukan air seperti menyelam, snorkeling, mandi di kolam renang, berkayak dan berenang skuba manakala aktiviti lain termasuklah bermain bola tampar di tepi pantai, melawat Galleri Batik, kedai cenderahati, bilik persidangan untuk aktiviti berkumpulan seperti Telematch dan Board Game.
Pada waktu malam diadakan persembahan yang dinamakan Summer Point untuk menghiburkan anda.
Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu
The Taaras Beach and Spa Resort
Menawarkan aktiviti menarik seperti rawatan Spa.
Jenis bilik: Garden Suite, Cliff Premier Twin, Cliff Bay Suit, Cliff, Cliff Premier Suite, Ocean Front Suite, Two Bedroom Hill-View Deluxe, dua bilik Bay-View Suite, Ocean Front Master Suite dan yang paling istimewa The Taaras Villa iaitu bersaiz 1440 kps seperti rumah mewah.
Semua unit dilengkapi dengan tuala, selipar, barang mandian, pengering rambut, televisyen, sofa, Wi-Fi, kelengkapan bancuh minuman dan bar mini.
Menawarkan untuk melakukan aktiviti seperti berkayak, snorkeling, SUP Board atau yang lebih menarik lagi menerokai pengalaman berenang dengan penyu yang dinamakan Jojo.
Terdapat juga bilik mainan, bilik karaoke, gimnasium dan kolam renang. Bagi, korporat servis pula mereka juga menyediakan kemudahan ruang dewan untuk majlis dan mesyuarat mengikut spesifikasi yang diminta pelanggan.
Menyediakan servis untuk majlis perkahwinan ala-ala kayangan seperti dalam filem dan dikendalikan oleh professional team.
Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu
Ulasan: "My friend told me that she had the best experience when having vacation with her friends here, absolutely amazing place!! The hospitality, the staffs are friendly and so polite. The water is so clear and clean. Can’t wait to bring my family stays here to calm our mind from busy world, it would be fantastic. Thank you. Totally recommend to our tourist to come here" -Adrian Ng
Makanan dan Kulinari
Cuisines ; Seafood, Asian, Malaysian
Special diets ; Vegetarian Friendly, Vegan Options
Meals ; Lunch, Dinner, After-hours
Features : Takeout, Outdoor Seating, Seating, Highchairs Available, Table Service
Ulasan pelanggan :"Mee Goreng very yummy, tea tarik also nice! sotong (calamari) also yummy with the sambal sauce. Only the serving time took a bit long. " - cutiechloe
Cuisines ; Seafood, Asian, Malaysian
Meals ; Lunch, Dinner
Features : Outdoor Seating, Seating, Wheelchairs Accesible, Table Service
Ulasan pelanggan :"Food is simple and acceptable. Suitable for one-person and not too fussy diners. Reasonable pricing. " - Jamie W
Cuisines ; Seafood, Asian, Malaysian
Special diets ; Vegetarian Friendly
Meals ; Dinner
Features : Takeout, Outdoor Seating, Seating, Wheelchair Accessible, Table Service, Live Music, Waterfront
Ulasan pelanggan :"Food is very good and reasonably priced. They charge corkage for whiskey at rm80, wine at rm30. Very reasonable. We love that there is live band and they sang very well. Food are fresh and yummy. Staff are very friendly and efficient. Food will only be served after - Msian Alwiz
Kebolehcapaian Pengangkutan
Menaiki kapal terbang ataupun kereta mahupun bas ke negeri Terengganu bagi negeri yang berbeza.
Mengambil grab atau kereta persendirian menuju ke jeti.
Terdapat 2 jeti yang menyediakan khidmat feri terus ke Pulau Redang iaitu Jeti Taman Tamadun Islam dan Jeti Merang.
Tiket feri boleh dibeli secara atas talian.
Jeti di bahagian Pulau Redang .
Testimoni dan Ulasan
Video di bawah merujuk kepada ulasan pelancong terdahulu iaitu Cik Nur Alia Maisarah yang berasal dari kelantan dan disediakan juga form untuk anda memberikan ulasan serta pandangan tersendiri.
Hubungi dan Maklumat Tambahan
Aima Grill Restaurant
No Telefon : 013 928 5001
Laguna Redang Beach Resort
No Telefon : 09 630 7888
Redang Beach Resort
No Telefon : 09 623 8188
The Taaras Beach and Spa Resort
No Telefon : 09 630 8888
Peta dan Navigasi
Aima Grill Restaurant
Hazeme Seafood Restaurant
Summer Point restaurant
Laguna Redang Beach Resort
Redang Beach Resort
The Taaras Beach and Spa Resort
Jeti Merang, Terengganu
Jeti Taman Tamadun Islam
Borang Maklum Balas