BERUANG COMEL

Tahun 1

Subjek: Pendidikan Seni Visual

Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan

Tajuk: Beruang Comel

Aktiviti: Binaan

Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 1

Rujuk halaman 20 hingga 23.


Media Seni Visual

Media yang sesuai untuk menghasilkan Beruang Comel menggunakan aktiviti binaan serta mengikut kreativiti.

Bahasa Seni Visual

Unsur Seni: Garisan, bentuk dan warna.

Prinsip Rekaan: Keseimbangan dan kepelbagaian.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat;



Aktiviti

Hasilkan karya yang bertajuk, Beruang Comel menggunakan aktiviti binaan dengan pelbagai jenis bahan. 

Pendidikan Kesenian Tahun 1

Contoh hasil karya yang telah siap..

Hasilkan karya yang bertajuk, Beruang Comel menggunakan aktiviti binaan dengan pelbagai jenis bahan secara kreatif. 


Arahan:

Pendidikan Seni Visual (PSV).

a) membimbing anak melukis dan mewarna bersama mereka.

b) memotong bahan-bahan yang diperlukan di rumah.

    🌹 Ini kerana alatan yang tajam perlu bantuan dan pengawasan daripada orang dewasa sepenuhnya.

c) Walau bagaimanapun, bahan-bahan untuk menghasilkan karya ini boleh di'improvisasi' menggunakan bahan

    lain selain dalam buku teks. Ia boleh mengikut kreativiti masing-masing.



Terima kasih atas bantuan ibu bapa/penjaga dalam bersama-sama anak-anak serta membimbing dalam menjana kreativiti anak-anak utk subjek Pendidikan Seni Visual (PSV)..

Aktiviti ini perlu dimulakan dari rumah dan siapkan di sekolah pada waktu PSV kerana proses penghasilan karya yang memerlukan masa yang panjang dan perlu pengawasan sepenuhnya oleh orang dewasa sekaligus memupuk semangat kekeluargaan di rumah dan di sekolah..

Karya ini akan dipamerkan di sudut kreativiti di dalam kelas.. Yang hampir menyiapkannya, media disimpan di dalam bekas yang perlu disediakan sendiri bagi mengelakkan kehilangan.. Ia memastikan bahan itu boleh disiapkan di rumah..

Walaubagaimanapun, yang tidak sempat siapkannya di sekolah, bolehlah siapkannya di rumah dan perlu hantar pada waktu PSV di kelas nanti..


Maaf atas kesulitan..