MAKSUD CORAK
>>>>>>>>>>>>>
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara teratur, terancang atau bebas.
Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang atau corak tidak terancang.
Corak boleh didapati pada alam semulajadi, bahan buatan manusia, geometri dan kraf buatan manusia.
JENIS SUSUNAN CORAK DAN REKAAN TERANCANG
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Susunan ulang sekata
Susunan berselang seli
Susunan batu bata
Susunan bertimbal/cerminan
Susunan bertindih
Susunan berpusat
Susunan sisik ikan
Susunan orgee
Susunan turun separa
Susunan berombak
Susunan jidar
Susunan dam
Susunan pucuk rebung
Susunan siku keluang
Susunan berjalur
Susunan sendeng
CONTOH CORAK DAN REKAAN TERANCANG
------------------------------------
Susunan ulang sekata
Susunan berselang seli
Susunan batu bata
Susunan bertimbal/cerminan
Susunan bertindih
Susunan berpusat
Susunan sisik ikan
Susunan orgee
Susunan turun separa
Susunan berombak
Susunan jidar (Border)
Susunan dam
Susunan pucuk rebung
Susunan siku keluang
Susunan berjalur
Susunan sendeng
JENIS SUSUNAN CORAK DAN REKAAN TIDAK TERANCANG
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikat dan celupan
Renjisan dan percikan
Capan
Cetakan
Lipatan dan guntingan
Resis
Kolaj
CONTOH CORAK DAN REKAAN TIDAK TERANCANG
------------------------------------
Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikat dan celupan
Renjisan dan percikan
Capan
Cetakan
Lipatan dan guntingan
Resis
Kolaj
CONTOH KREATIVITI DALAM CORAK DAN REKAAN
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pingan seramik
(corak flora)
Kain batik
(corak organik)
Kipas tangan
(corak penorama)
Rantai leher
(corak goemetri)
TUJUAN KREATIVITI DALAM CORAK DAN REKAAN
-----------------------------------------
PERLAKUAN
PERSEPSI
PENGETAHUAN BUDAYA
PERLAKUAN
-----------
Memilih dan menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu mengikut kesesuaian dan kreativiti individu. Seterusnya dapat mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas seperti bulatan, segi empat tepat dan segi empat sama. Justeru dapat juga mengolah, mengubah suai dan menggunakan bahan secara bebas menyebabkan berlakunya penerokaan baharu dalam bidang ini. Hasilnya, pengkarya mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni selain melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci kepadaaan ciptaan tersebut. (Setyabudhi, A. L., & Sanusi, 2020)
PERSEPSI
---------
Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, penegasan, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak membantu pengkarya menghasilkan corak yang baik. Justeru meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Ianya juga membantu memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak dan memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. Perkara ini membuka minda untuk menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka yang sangat membantu dalam memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.
PEGETAHUAN BUDAYA
-------------------
Dari segi pengetahuan budaya membantu pengkarya mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah seperti corak bunga lawang dan pucuk rebung. Seterusnya, pengkarya dapat mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional dalam penghasilan karya yang berkaitan. Di samping, dapat mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian seperti tudung saji dan papan pemotong (Cheq Nad, n.d.).
RUMUSAN
---------
Rumusan yang dapat saya huraikan dalam kesimpulan hasil kerja kursus ini ialah saya dapat menyenaraikan, mengkaji, mengulas dan menyatakan segala aspek yang terlibat dalam konsep dan prinsip kreativiti penghasilan dalam corak dan rekaan dalam portfolio seperti yang diminta dan tertera dalam soalan tugasan yang diberikan.
Saya juga dapat mengkaji lebih dalam lagi mengenai konsep dan prinsip kreativiti penghasilan corak dan rekaan secara kreatif dan kritis. Terdapat banyak dan pelbagai sumber rujukan ilmiah bermutu yang saya terokai dan analisis untuk dapat menghasilkan tugasan portfolio yang berkualiti tinggi ini.
RUJUKAN
--------
Cheq Nad. (n.d.). Membuat corak dan rekaan. Scribd. https://www.scribd.com/doc/102124343/membuat-corak-dan-rekaan
Konsep Asas Membuat Corak dan Rekaan - Coggle Diagram. (n.d.). Coggle. https://coggle.it/diagram/Y9DNeV2VDTp4BAr5/t/konsep-asas-membuat-corak-dan-rekaan
Kumar, R. (n.d.). OUM HBAE 2103 membuat corak dan rekaan. Scribd. https://www.scribd.com/doc/154408532/Oum-Hbae-2103-Membuat-Corak-Dan-Rekaan
Martin, R. (n.d.). Design Principles and Design Patterns. Retrieved December 12, 2023, from https://staff.cs.utu.fi/staff/jouni.smed/doos_06/material/DesignPrinciplesAndPatterns.pdf
Sardimpbl. (n.d.). Corak dan rekaan. Scribd. https://www.scribd.com/doc/215382793/Corak-Dan-Rekaan
Setyabudhi, A. L., & Sanusi. (2020). Perancangan modul menggambar teknik berbasiskan kompetensi untuk program studi teknik industri fakultas teknik ibnu sinar. Jurnal Teknik Ibnu Sina (JT-IBSI), 4(02), 19–25. https://doi.org/10.36352/jt-ibsi.v4i02.41
Sudarwanto, A. (2016). Rupa dan makna simbolis batik motif modan, cemukiran. Jurnal Pengkajian & Penciptaan Seni Dewa Ruci, 8(1). https://doi.org/10.33153/dewaruci.v8i1.1093
Utami, A. (2017). Menulis & Berpikir kreatif 2. Kepustakaan Populer Gramedia.