ALATAN YANG DIPERLUKAN ?
Kertas
Tali
Gunting
Ranting kayu
Pita pelekat
Pensel warna
Marker pen
Lipat kertas mengikut apa yang murid inginkan.
2. (Proses melipat origami bot)
3. 3 Origami bot yang sudah siap dilipat.
4. Murid boleh melukis objek yang mereka suka dan boleh mewarnakan objek.
5. Objek yang dilukis digunting agar kelihatan kemas,
6. Sambungkan tali dengan lukisan objek tadi dengan menggunakan pita pelekat.
7. Sambungkan pula hujung tali dengan origami bot dengan menggunakan pita pelekat.
8. Ikat tali pada ranting kayu
9. Ikat tali di bahagian untuk dijadikan tempat gantung.
10. Pastikan arca mobail dalam keadaan yang seimbang.
11. Arca mobail yang sudah siap.
Bagi murid tahun 1.
HASIL PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEH OLEH MURID
Murid dapat menganalisa media, teknik dan proses yang akan digunakan dalam penghasilan karya.
Murid dapat menghasilkan karya melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran dengan memilih dan memanipulasi media secara kreatif.
Murid dapat menzahirkan idea kreatif dan inovatif dalam aktiviti penghasilan karya.
Murid dapat belaajr membuat apresiasi terhadap karya dengan mempamerkan karya yang dihasilkan, menceritakan karya sendiri, menceritakan penggunaan teknik dan proses penghasilan karya.
Murid dapat menghargai karya sendiri dan rakan.