Selamat Datang ke Google Site PSS SRIM!
Selamat Datang ke Google Site PSS SRIM!
TVPSS SRIM atau lebih dikenali sebagai SRIM TV telah ditubuhkan pada 2022. SRIM TV juga merupakan platform media digital sekolah yang berfungsi sebagai wadah utama dalam menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan, serta aktiviti sekolah secara kreatif dan interaktif. Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan murid yang celik media, berkemahiran komunikasi dan berfikiran kritis, SRIM TVmenjadi medium yang menggabungkan elemen teknologi, seni, dan pendidikan. SRIM TV juga berusaha untuk memupuk semangat kolaborasi serta memartabatkan budaya sekolah yang progresif dan inovatif.