DEFINASI MAKLUMAT
Maklumat ialah suatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dalam bentuk data , pengetahuan atau kebijaksanaan.
Maklumat juga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman orang lain.
Oleh itu, seseorang individu perlu memberi focus kepada persoalan seperti APA, MENGAPA, SIAPA, DIMANA, BAGAIMANA, BILA dan BERAPA semasa membaca, menonton, mendengar, menemuramah, berfikir dan menulis.
KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif demi menyelesaikan masalah.
KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1.Kerja kursus
2.Bengkel dan khemah kerja
3.Projek khusus mata pelajaran Tertentu
4.Aktiviti kelas
5.Aktiviti ko-kurikulum
6.Kerja kendiri
7.Program/aktiviti PSS
8.Program membaca
9.Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
OBJEKTIF
1. Memperkenalkan literasi maklumat kepada murid-murid
2.Membantu murid menggunakan PSS dengan lebih berkesan
3.Membantu murid mencari maklumat supaya dapat menyelesaikan tugas pdp dengan cemerlang.
4.Meningkatkan penggunaan literasi maklumat sebagai pembelajaran sepanjang hayat