Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera
Syukur ke hadratNya kerana dengan adanya Portal Pusat Sumber ini membolehkan seluruh warga SK Sungai Nibong memperoleh info berguna mengenai sekolah ini dan sekali gus membudayakan amalan membaca.
Matlamat utama ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid. Hasrat yang begitu tinggi agar matlamat program NILAM dapat membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah yang seterusnya akan melahirkan murid-murid yang suka membaca dan cinta akan ilmu.
Jadi, saya amat berharap semua murid dapat memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh Pusat Sumber.
Semoga laman ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar murid-murid terus mendapat ilmu melalui bacaan secara maya atau bacaan secara fizikal.
Sekian, terima kasih.
Syed Amir Hafidzan Bin Syed Ahmad
Guru Besar
SK Sungai Nibong
#SKSNMembaca
#PerananIbuBapa
#PerananSekolah
#PerananKomuniti