KENALI SKPP11(1)
KENALI SKPP11(1)
MISI, VISI & MOTO SEKOLAH
FALSAFAH SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
SK Putrajaya Presint 11(1) telah dibuka secara rasmi pada 16 April 2003. Diawal pembukaannya, sekolah ini dikenali dengan nama SK Putrajaya 4. Ini kerana SK Putrajaya Presint 11(1) merupakan sekolah ke-4 yang dibuka di Putrajaya. Guru-guru dan murid-murid yang menjadi kumpulan perintis semasa mula dibuka berasal dari SK Putrajaya Presint 9(1).
Pada awal tahun 2007, nama sekolah telah ditukar kepada SK Putrajaya Presint 11(1). SK Putrajaya Presint 11(1) telah dianugerahkan dengan gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2013. Sekolah ini juga telah dianugerahkan gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2014.
SK Putrajaya Presint 11(1) pernah mendapat anugerah Tawaran Guru Besar atau New Deal sebanyak 5 kali berturut-turut dari tahun 2010 hingga 2014. SK Putrajaya Presint 11(1) telah dipilih sebagai Sekolah TS25 pada tahun 2021.
Sejak dibuka, pentadbiran sekolah ini telah diketuai oleh 5 orang Guru Besar seperti berikut:
Pn. Nafisah binti Hassan (2003 hingga 2005)
Pn. Hajah Siti Bunia binti Abd. Ghafar (2006 hingga Mac 2008)
En. Suhaimi bin Ali Ahmad (April 2008 hingga Ogos 2016)
Pn. Rohana binti Abd Manaf (Oktober 2016 hingga 31 Mac 2023)
Pn. Norzah binti Mohd Kasim (6 April 2023 hingga kini)