Persediaan Sudut Membaca Kelas 2025

15 April 2025

Persediaan sudut membaca kelas bagi tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan utama sudut membaca ini adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid.

Aktiviti persediaan melibatkan guru kelas dan murid dalam menghias ruang, menyusun buku bacaan yang sesuai mengikut tahap, serta menyediakan bahan bacaan tambahan seperti majalah, komik pendidikan dan bahan bergambar. Murid juga digalakkan menyumbang bahan bacaan secara sukarela.

Sudut membaca ini telah berjaya menarik perhatian murid dan menjadi ruang yang aktif digunakan sewaktu masa lapang dan waktu pembelajaran berasaskan literasi.

Secara keseluruhannya, sudut membaca ini dapat meningkatkan minat membaca dan menyemai budaya ilmu dalam kalangan murid.