Latar Belakang Sejarah:
Sejarah Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Nama asal adalah Pekan Sungai Baru sempena nama sebatang sungai iaitu sungai baru. Lokasi masjid tersebut dibina di tepi sungai itu dan terletak di dalam Pekan masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang bernama Sheikh Khadi Abdul Latif berasal dari Gujerat India namun sebenarnya dari keturunan Arab Yaman.
Namun Haji Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaanya. Pada awal pembinaannya kesemua bahagian baik lantai mahupun dindingnya diperbuat daripada tanah. Maka dari situlah ia dikenali umum sebagai Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda di dalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat ‘Hulu’ atau ‘Cakap Hulu’. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asal. Pekan Masjid Tanah dipanggil ‘SIMPANG’ merujuk kepada pekan asal yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah)
Pusat Penerangan Penyu padang Kemunting merupakan pusat konservasi untuk penyu karah hawksbill turtle (Eretmochelys Imbricata) yang merupakan antara penyu yang tercantik didunia. Dikenali sebagai “hawksbill turtle” kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang.
Pusat pengeramannya boleh menampung 300 – 600 sarang telur penyu pada satu – satu musim bertelur. Setiap sarang penyu adalah sedalam 45cm dan telur penyu biasanya akan mengambil masa lebih kurang 60 hari untuk menetas. Anak penyu yang menetas perlu dilepaskan ke laut dan akan kembali ke pantai kelahiran apabila matang.
Penyu karah adalah dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Mengikut akta ini, hanya pemungut telur berlesen yang boleh memindah atau mengambil telur. Penyu Karah merupakan spesis yang sangat terancam. Kawasan pantai Padang Kemunting merupakan salah satu kawasan pendaratan penyu karah yang paling banyak mendarat yang pernah direkodkan di Negeri Melaka.
Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Melaka
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka dan berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai. Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan – nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Penempatan ini terdiri daripada buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Tanjung Tuan Hutan Lipur terletak di Cape Rachado Tetap Hutan Terpelihara (Tanjung Tuan) merupakan salah satu hutan yang tertua simpanan kekal di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Melaka. Kedudukan Hutan Tetap dikelilingi oleh Selat Melaka dan tanah yang bersempadan pedalaman Queensland.
Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari bandar bersejarah Melaka. Hutan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Tetap) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 (No.Warta: 2066 bertarikh 23 Disember 1921) dengan keluasan 80.97 hektar yang asal ( 200 ekar). Dalam tahun 1969, sejumlah 16:19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpan Kekal oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam (No.Warta: 328 bertarikh 25 Disember, 1969).
Kawasan yang belum dibangunkan sehingga kini dan keadaan masih normal (hutan). Pada 5 Januari 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah diluluskan 60,70 hektar (149,98 ekar) hutan simpan kekal Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai ” Perlindungan Hidupan Liar ” bagi binatang dan burung yang boleh didapati di kawasan itu yang disimpan di dalam PERHILITAN melalui MPU5 dan PG Warta No: 85 Ordinan Perlindungan Binatang, Haiwan Liar dan Burung, 1955. Ini bermakna bahawa “Sanctuary Hidupan Liar” bertepatan dengan kawasan Hutan kekal ada. Pada 4 Februari 1991, Kerajaan telah mewartakan sebahagian daripada “Perlindungan Hidupan Liar” Melaka yang mana satu 8:09 hektar (20 ekar) sebagai Perlindungan Game melalui PT. 235.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
Pantai ini terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara. Pantai kegemaran ramai ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.