PSS DIGITAL SJKC MASJID TANAH
马士丹那华文小学
马士丹那华文小学
Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah negara membaca menjelang 2030 melalui Program Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2023, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bersama PPD Alor Gajah membangunkan pusat sumber digital sekolah.
Dengan adanya pusat sumber digital, warga sekolah boleh mengakses bahan bacaan dengan lebih mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Dalam pada itu, bahan bacaan tidak lagi terhad pada bahan bercetak sahaja, pelbagai bahan bacaan digital yang menarik dapat diperoleh melalui pusat sumber digital. Kini, segala maklumat berada di hujung jari. Melalui usaha murni ini, diharapkan budaya membaca dapat dipupuk dalam kalangan murid sekolah sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Secara tidak langsung, kita dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan luas dan berdaya saing bagi mendepani cabaran masa akan datang.
Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah SCMT atas usaha mewujudkan laman ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada warja SJKC Masjid Tanah. “Bangsa membaca bangsa berjaya”, sama-sama kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian kita.
PN. NG SIOK CHIN
GURU BESAR SJKC MASJID TANAH
JUMLAH PELAWAT