JOM REKOD BACAAN DALAM AINS
PROGRAM NILAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.
Matlamat :
Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.
Objektif :
1. Menjadikan murid banyak membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Pelaksanaan :
1. Murid membaca dan merekod bahan bacaan.
2. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
3. Sekolah member pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca.
PEREKODAN BAHAN BACAAN
Kini perekodan Nilam menjadi lebih mudah. Murid-murid boleh merekod bahan bacaan masing-masing dengan menggunakan pelantar AINS seperti yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada Mac 2024. Makumat lanjut tekan di sini.
MAJLIS ANUGERAH NILAM TAHUN 2025
MAJLIS ANUGERAH NILAM SIRI 2 (JULAI - DISEMBER) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2025
MAJLIS INI DIADAKAN PADA 28 NOVEMBER 2025.
PADA MAJLIS INI DIUMUMKAN PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH BINTANG NILAM MENGIKUT KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN.
PENERIMA HADIAH UTAMA MEMBAWA PULANG SIJIL, TROFI DAN SEBUAH BASIKAL. MANAKALA PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH 5 BINTANG YANG LAIN TURUT MEMBAWA PULANG HADIAH MENARIK IAITU TABLET DAN JAM TANGAN PINTAR. TAHNIAH DIUCAPKAN.
MAJLIS ANUGERAH NILAM SIRI 1 ( 18 JULAI)
MAJLIS PELUNCURAN KAD AKSES PUSAT SUMBER DAN ANUGERAH NILAM FASA 1 TAHUN 2025.
TELAH DIRASMIKAN OLEH YG BERUSAHA CIK NORIHA BINTI MUHAMMAD, KETUA PUSTAKAWAN PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI
MAJLIS ANUGERAH NILAM TAHUN 2024
MAJLIS ANUGERAH NILAM SIRI 1 ( JANUARI - JULAI)
MAJLIS ANUGERAH NILAM SIRI 2 ( OGOS - DISEMBER )