Peringkat awal perpustakaan sekolah telah wujud sejak tahun 1986 seiring dengan pembukaan Sekolah Menengah Vokasional Kemaman. Bangunan perpustakaan sekolah adalah sebuah bangunan berasingan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi perpustakaan tradisi yang dahulunya hanya dipenuhi dengan buku, kini terpaksa meluaskan fungsinya dengan kehadiran bahan tidak bercetak seperti filem,slide, TV dan Radio. Dengan perkembangan ini semua bahan tidak bercetak, alat pandang dengar, alatan elektronik diasingkan dan diletakkan di sebuah bilik di bangunan B. Bilik tersebut di kenali sebagai bilik APD.
Pada tahun 1996, sekolah ini dinaik taraf sebagai sekolah Menengah Teknik. Pusat Sumber Sekolah terus berkembang di mana perkhidmatan perpustakaan dan media di satukan dan dikelolakan secara bersama tetapi bahan diletakkan secara berasingan. Dari tahun ke tahun Pusat Sumber sekolah terus berkembang dan beberapa bilik diwujudkan seperti bilik Sejarah, bilik Hirak, bilik SAL, bilik E-Room, bilik sains & matematik, bilik multimedia dan bilik Bahasa Melayu. Pada tahun 2013, sekolah Menengah Teknik Kemaman telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional Kemaman (KVK). Proses pengajaran dan pembelajaran meliputi Sijil Vokasional dan Diploma Vokasional. Bagi mencapai objektif kewujudan kolej vokasional, PSS KVK terpaksa menambah baik perkhidmatan dengan penyediaanbuku-buku bertaraf diploma selaras dengan keperluan MQA. Penambahbaikan ini dijalankan secara berperingkat. PSS KVK juga mengutamakan pelaksanaan 5S, supaya persekitaran yang kondusif dapat diwujudkan di PSS. Persekitaran yang kondusif penting kepada keselesaan pengguna PSS dan seterusnya dapat mencapai Visi dan Misi PSS KVK. Sesungguhnya perkembangan PSS KVK memerlukan kerjasama semua pihak dania perlu dibangunkan secara kolektif dan berterusan sehingga menampakkan hasil yang membanggakan.