Selamat Datang ke Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak.
Selamat Datang ke Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak.
Kuala Kangsar telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara sukan dan kebudayaan bagi menghimpunkan Anggota Perkhidmatan Pendidikan seluruh negeri Perak. Program ini dijalankan mengikut fasa, iaitu Fasa 1 (11-13 Sept 2026) dan Fasa 2 (24-27 Sept 2026). Program ini bukan sekadar pertandingan tetapi wadah untuk menyemarakkan semangat kesukanan,meraikan kepelbagaian budaya,memupuk persaingan sihat serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama anggota.