MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kelebihan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!
Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membua Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang la berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bemagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan.
"Memang kau orangnya: Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati!" Tengku Bakti
Terheret kedalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa?
"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapi ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?" ~ Seri
"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..."- Ariana Kose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language.
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always." "Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
"Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya."- Tengku Adam Kamil
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Buat ibu yang merasakan lelahnya kehidupan.
Buat ibu yang terasa tidak didengari.
Buat ibu suri rumah yang rasa diperlekehkan.
Buat ibu bekerjaya yang sentiasa dihurung rasa bersalah.
Buat ibu yang sedang berjuang sendirian membesarkan anak.
Buat ibu baru yang struggle beradaptasi dengan fasa kehidupan baru.
Buat ibu yang mempunyai anak special needs dan buat ibu yang ingin tumbuh menjadi ibu versi lebih baik.
Buku ini untuk ibu semua.
Alea dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kalna. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain da menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis pang sombong tak bertempat.
dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian eka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.
Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di ma perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah se bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?
Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif un menyelamatkan hubungan ini? Biar yang simpul dileraika biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan. Bla jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?
Kemarahan dan dendam yang dipamerkan oleh Iqram langsung tidak menjejaskan ZAIDI. Demi kasih pada keluarga, dia sanggup mengorbankan masa depannya asalkan ayah tercinta bahagia meskipun kewujudannya jarang dipedulikan oleh Wak Rosli.
Namun, malang tidak berbau, pada saat Wak Rosli sedang gembira menanti kepulangan Siti Hajar, ada khabar duka menjengah telinga mereka sekeluarga. Hajar koma! Saat itu dunia Wak Rosli menjadi gelap-gelita. Hatinya hancur berkecai apabila segala rahsia sudah tersingkap. Rahsia yang akan membuatkan Wak Rosli kembali sedar akan kewujudan Iqram dan Zaidi.
"Andai aku tahu, hari yang paling gembira itu sebenarnya permulaan untuk sesuatu yang menyedihkan, takkan aku biarkan dia jauh daripada aku..."-WAK RÖSLI
Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Hajar sehingga mendatangkan kecelakaan kepada dirinya? Siapakah IRWAN yang hadir saat kemelut keluarga mereka semakin memuncak? Akan bertahankah kepercayaan Wak Rosli terhadap anak kesayangannya itu atau kesabaran diri akan terus diuji?
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang mebebaskan jiwanya.
Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.
Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hamoir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?
Koleksi 50 pengalaman alam persekolahan di dalam buku ini bukan semata-mata rakaman kenangan yang sekadar bernostalgia. Terkandung di dalamnya pengajaran, motivasi, inspirasi malah teladan dan sempadan kepada semua peringkat pembaca.
Penulis-penulis yang berkolaborasi dalam projek ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka secara keseluruhannya bersepakat bahawa pengalaman alam persekolahan banyak mencorakkan keberadaan mereka sehingga kini.
Siapapun kita hari ini, baik menteri, kakitangan hospital, peguam, kontraktor, tukang kayu, drebar teksi, mahupun ahli silap mata, kita semua ada pengalaman yang terpahat di sanubari. Pengalaman-pengalaman itu meskipun pahit ketika kita menghadapinya, tetap manis untuk dikenang pada ketika yang lain.
"Suara penyanyi ni macam itik tercekik, encik."
"Awak kata suara saya macam itik tercekik?"
Yulia - kelam-kabut, tapi sibuk mahu menjadi hero untuk semua orang. Sanggup tinggalkan cita-cita dan memadu e-hailing demi menyara ibu dan adiknya - sebab dia saja boleh diharap.
Adam - penyanyi popular kontroversi yang lebih suka menyendiri; takut mahu rapat dengan orang. Kan lebih senang mencintai dari jauh? Tiada siapa kecewa.
Dunia mereka bertembung apabila Adam menjadi penumpang kereta Yulia. Namun telefon Adam tercicir dan hilang. Yulia yang masih cuba menjadi hero tak pasal-pasal pergi mencari sampai ke celah longkang.
Saat itu, barulah Yulia tersedar penyanyi yang dikutuk sebelum ini ialah Adam!
"Kalau awak pandai sangat bab muzik, awak takkan komen suara saya macam tu."
Yulia cuba mengambil hati. Namun pantang bertemu, pasti Adam cari pasal. Semakin lama kenal, diam-diam, ada perasaan asing berputik dalam hati.
Yulia keliru. Adam takut berharap. Soalnya, adakah i
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.
Adli dirinya begitulah hal-hal yang selalu mengganggu menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.
Namun, kehadiran "jam" yang misteri telah mengubah segala-galanya.
May - Terpasung di Lorong Waktu merupakan sebuah novel time travel - melompat dari tahun 2019 ke tahun penuh tragedi, 1969. Novel sulung penulis ini dikarang beliau pada tahun 2006 ketika berusia 15 tahun.
Selama hayatnya, Buya gemar melakukan perjalanan. Beliau jelajahi Nusantara dan dunia ini dengan segala suka dan duka, dengan pelbagai kejadian dan peristiwa.
Hari Jumaat, 22 Ramadan 1401H bertepatan dengan 24 Julai 1981, adalah 'perjalanan terakhir' bagi ulama besar yang sama-sama kita cintai ini: meninggalkan jagat raya, menuju peristirahatan yang abadi.
Buku ini mengisahkan saat-saat terakhir perjalanan beliau yang amat mengharukan itu. la lengkap dengan catatan dan kenangan daripada para sahabat dan murid-murid almarhum dari pelbagai profesion baik ulama, cendekiawan, ahli politik, sasterawan, generasi muda sampai kepada orang awam atau rakyat biasa yang merasa dekat dengan almarhum.
la berupa pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti dan kepemimpinan selama hayatnya.
erbekalkan ikrar cinta yang tulus, dua jiwa yang bertaut dalam ikatan pernikahan kini melangkah ke gerbang pembinaan "negara" kecil, iaitu sebuah rumah tangga. Berkongsi hidup di dalam "negara" berasaskan cinta umpama syurga duniawi, kerana segala yang terbatas oleh agama kini dapat sama-sama dikecapi.
Namun, cinta semata tanpa kebijaksanaan dan tanggungjawab akan menyebabkan "negara" yang ditadbir bersama menuju ke arah keretakan serta perbalahan. Seandainya terus dikemudi tanpa pedoman, boleh merobohkan kota kepercayaan yang telah dibina.
Dalam sambungan Aku Terima Nikahnya ini, Hasrizal Abdul Jamil menitipkan secebis pesanan lagi kepada pembina "negara" ini. Segalanya demi mempertahankan erti Bercinta Sampai Ke Syurga.
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Setiap kisah dipersembahkan dengan penuh emosi dan keinsafan, disulam dengan elemen pengharapan kepada Allah serta kesedaran tentang erti redha dan sabar. Mesej utama buku ini adalah bahawa walau apa jua dugaan yang datang, Allah sentiasa ada — dan itu cukup untuk memberi seseorang kekuatan untuk terus melangkah.
Setiap anak tidak datang dengan manual dan tiada butang reset sekiranya kita tersilap. Namun ini tidak bermaksud anda perlu redah perjalanan ini dalam gelap.
Jika anda tidak tahu dari mana hendak bermula, memahami "Psikologi Si Kecil" boleh dijadikan langkah pertama. Ia adalah penunjuk jalan agar kita tahu di mana sempadan dan ke mana haluan.
Buku ini bukan untuk ibu bapa yang hendak menjadi sempurna, tetapi untuk mereka yang mahu belajar menjadi ibu bapa yang lebih baik pada setiap hari dan masa yang bersisa.
10 tahun dahulu, Ustazah Sentap Sekolah Sri Bangsar - Siti Bahiyah Solehah cukup lantang berdakwah. Tegas meletakkan jarak dengan lelaki ajnabi. Kononnya, pelamin angan cinta till jannah sudah terkubur dengan berakhirnya kisah antara dia dan Saif Daniel, so-called Mr Right Wrong Soleh.
Namun tiada siapa sangka, dia memilih berkahwin muda! Tepat 19 tahun, dia bergelar seorang isteri. Ketika rakan sebaya sibuk dengan tugasan universiti, Bahiyah pula berjumpa jodohnya di Madinah Al-Nabi. Semua tertanya-tanya, kenapa dia menerima Saif Daniel sebagai suami?
Kini - usianya 26 tahun, Menjadi suri rumah tangga, hidupnya semata anak-anak dan keluarga. Malah, Bahiyah sudah lupa gelaran 'Ustazah Sentap' miliknya. Itu semua kenangan lama!
Namun pertemuan semula ahli-ahli Badan Dakwah dan Tarbiah (D&T) telah mengubah cerita. Dia cemburu melihat rakan berkerjaya.
Ironi sekali...teman-temannya pula mahukan hidupnya : Mempunyai suami dan anak-anak penyejuk mata.
Bahiyah tiba-tiba nekad membuat keput
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kebaikan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!
Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang dia pernah hancurjan, Tengku Bakti separuh nati menanggung pembalasan.
"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati!" - Tengku Bakti
Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga.
Mereka berdua berbeza latar belakang. Berbeza kerjaya dan minat. Hanya satu persamaan mereka… Cinta. Fareeq dan Karmila saling mencintai sejak pertemuan pertama lagi.
Fareeq yang menyangka Karmila merupakan seorang peragut, terus bertindak menggari tangan itu. Bagi Karmila pula, bukan sahaja tangannya yang digari, malah hatinya juga. Karmila jatuh cinta pandang pertama kepada Tuan Inspektor itu. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk mewujudkan pertemuan demi pertemuan antara mereka.
Walau sejauh mana pun mereka cuba menyangkal kehendak hati, rasa itu tidak mampu mereka buang. Dalam diam mereka menyulam cinta. Dalam diam mereka menyimpan rindu. Namun, keindahan cinta mereka tidak berpanjangan apabila kerjaya memaksa mereka mengakhiri segalanya.
Mampukah bahagia itu dicapai andai masih tiada kepercayaan pada sebuah perhubungan? Mampukah impian cinta itu direalisasikan andai masih ada rahsia yang tersimpan?
Alana Sofea tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya lagi. Namun insiden yang berlaku telah membangkitkan kemarahannya lantas mencabar Zaim Azfar untuk mengahwininya.
Zaim Azfar yang sememangnya pantang dicabar menyahut cabaran itu. Dia bertindak menghantar rombongan meminang tanpa pengetahuan Alana.
"Lelaki pengecut aje yang tak berani nak kahwin dengan I. Kalau you tu dah bagus sangat, dah berani sangat, I cabar you... kahwin dengan I. Huh, itu pun kalau beranilah..."
~ Alana Sofea ~
"Takde lelaki dalam dunia ni yang berani nak kahwin dengan youlah. Marah macam singa. Kalau you pun pernah ada boyfriend, mesti sekejap aje, kan..."
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
"Menjadi qawwam ibarat sayap yang harus mengangkat keluarga ke puncak kebahagiaan."
Sayap Yang Tetap Terbang mengupas peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan qawwam pemimpin yang bertanggungjawab dan pelindung yang setia. Dalam setiap cabaran perkahwinan, lelaki adalah sayap yang memberi arah dan kekuatan kepada keluarga..
Buku ini membimbing anda untuk menjadi suami dan ayah yang bukan sekadar hadir, tetapi juga mengangkat martabat keluarga dengan cinta dan hikmah. Bersedialah untuk memahami erti sebenar kepimpinan dalam rumah tangga dan menjadi sayap yang membawa keluarga anda terbang tinggi!
SEBUAH BUKU FAKΤΑ
BERDASARKAN KAJIAN ILMIAH
Benarkah:
Sejarah Raja Bersiung sengaja disembunyikan?
Ada sultan daripada keturunannya?
Daerah Baling lahir kerana Raja Bersiung membaling siung?
Raja Bersiung hidup pada zaman tabi' tabi'in?
Pistol sudah digunakan pada zaman itu?
Demi kebenaran, kajian dilakukan, jejak lama dibongkarkan.
"Pak cik, tekanan darah tinggi lagi, makan ubat tak? Ada dua jenis ubat, kan?"
"Ubat dah lama tak makan, doktor.
Sekarang makan ubat tutt... tuttt... tuttt...."
"Kenapa makan ubat tu?"
"Pak cik baca testimoni di Facebook, mereka kata ubat tu bagus doktor, tekanan darah turun!"
Periksa tekanan darah, 205/120. TESTIMONI....
"i. kenot. brain. dis."
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Boleh ke Miss Coke yang gagah perkasa berjumpa dengan Mr. Right yang lebih kuat daripada pujaan hatinya, The Rock? Ada ke Mr. Rightnya tu? Bunyi macam pelik aje....
Mr. Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... sampai kiamat la jawabnya.
Tetapi, kalau Miss Coke dan Mr. Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!
Sebabnya, Mr. Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke adalah melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa! Yang Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yang Mr. Sundae ni ada hati pada dia. Tapi, dia ni aje yang tak perasan.
Sedap ke rasanya kalau Coke bercampur dengan sundae? He he he... bacalah Coke and Sundae untuk mengetahui kesudahannya.
"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language.
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always." "Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."
"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language.
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always." "Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
Artakus berjaya membuktikan bahawa dia ialah Artakus yang sebenarnya. Ternyata bahawa Artakus yang dibawa oleh puak Jegadai bukan manusia biasa, tapi satu makhluk jadian dari sihir, yang telah datang dengan tujuan untuk memimpin kaum Aurora ke jalan yang salah. Sekarang kebenaran sudah jelas terpampang. Adakah masih terdapat hati yang ragu-ragu dan curiga terhadap Artakus?
Merkia berjanji kepada Artakus untuk menghantar seorang karman yang paling hebat sejak zaman Chandorri, penghulu segala karman. Karman yang dijanjikan itu pun muncul. Azkram begitulah nama karman itu. Azkram amat gemar membincangkan perkara-perkara
ilmiah yang berhubung dengan penggunaan sihir. Azkram banyak membantu Artakus mendapatkan semula Permata Aurorius. Namun, berjayakah misi mereka untuk menjejaki permata itu kali ini?
KOMUNITI JEJAK TARBIAH
Revolusi atau sesuatu perubahan yang ingin kita laksanakan, jika berlaku tanpa ilmu dan tanpa adab, tidak akan mampu mencapai kejayaan yang hakiki.
Za'ba sebagai tokoh pembaharu masyarakat tidak berminat untuk membicarakan masalah sifat dua puluh, rukun Iman, rukun Islam, hukum fiqah, soal muamalat, soal munakahat, haram halal, sah, batal, wajib, sunat, tasawuf dan sebagainya. Namun tokoh ini memilih untuk menyentuh perihal akhlak, budi pekerti serta pendidikan orang Melayu.
Beliau begitu cermat memilih tema penulisannya dan hanya berbicara tentang perkara-perkara yang membangkitkan kemajuan bangsanya sahaja tanpa memperincikan perkara yang berunsur picisan.
Buku ini merupakan himpunan penulisan yang terinspirasi oleh pemikiran Pendeta Za'ba hasil karya sahabat Komuniti Jejak Tarbiah.
'Bencana geliga harimau'
Kina selalu berdoa agar keluarganya tidak lagi diuji dengan pengalaman mengerikan. Cukuplah apa yang dialami suaminya, Osman, suatu masa dahulu ketika mereka melawat saudara yang sakit di hospital.
Dalam hujan renyai-renyai maghrib itu, Osman ditegur oleh seorang lelaki tua yang berkopiah, berbaju Melayu lusuh serta berkain pelikat ketika sedang menghidupkan enjin kereta yang diparkir betul-betul di hadapan bilik mayat. Apa yang berlaku selepas itu benar-benar menakutkan Kina dan keluarganya.
"Jangan ambil apa yang orang bagi!"
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
"Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba."
Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia mengang-gap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.
"Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That's it. Nothing more and nothing less."
Mereka hanya kawan. itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.
Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.
Kata orang, cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.
Kasih yang cuba dihulurkan oleh Tuan Megat membuatkan Miera berada di dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal, iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuatkan Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya, Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga, masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak sernuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya, Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoan Tuan Megat.
MARI KUNJUNGI PUSAT SUMBER KOLEJ UNTUK MEMBACA BUKU-BUKU INI.
"Tolong...jangan ganggu aku"
KISAH ini berlaku sekitar tahun 90-an, ketika aku masih belajar di sekolah menengah. Waktu menceritakan kisah menyeramkan ini kepada aku dan arwah ayah, muka Abang Samad berpeluh-peluh. Tangannya masih menggigil sampai kami boleh melihat garfu yang dia gunakan untuk mencucuk cebisan roti canai bergoyang-goyang waktu dia bawa garfu ke mulut.
Abang Samad cerita, inilah malam pertama dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen minyak dan malam ini jugalah menjadi malam terakhir dia melakukan perkejaan tersebut. Kesannya terlalu mendalam walaupun Abang Samad bukanlah seorang lelaki yang penakut.
Buat pengetahuan semua stesen minyak ini masih berdiri teguh hingga ke hari ini. Malah persekitarannya tidak banyak berubah berbanding 30 tahun yang lepas.
Demi kebendaan, Iblis menjadi sahabat.
Niat utama Zurina hendak bekerja di restoran tomyam terkenal yang terletak di sebuah pekan kecil berhampiran adalah bagi meringankan beban ayahnya apabila dia mendapat tawaran ke universiti. Jadi, sejurus tamat peperiksaan SPM, dia sedaya upaya meyakinkan ayahnya supaya membenarkan dia bekerja di situ bersama-sama sepupunya, Affa.
Awal-awal, segalanya berjalan lancar. Namun, akhirnya Zarina diuji dengan sesuatu yang sangat menyeramkan sehingga dia hampir-hampir menjadi mangsa, hanya kerana 'makhluk' tersebut tidak sukakan perbuatan Zurina dan Affa di restoran itu. Apa yang dilakukan oleh Zurina? Kenapa 'makhluk' itu boleh berada di situ? Apa yang sebenarnya berlaku?
Apa yang akan terjadi jika resipi dalam buku ajaib ini boleh membuka pintu ke dunia yang tidak terduga? Bersama-sama Khairi dan Sari, serta teman mereka, Moohan dan Mei Ling, merasai kehebatan sebuah pengembaraan yang dipandu ketayap terbang. Dari hutan hijau ke dunia magika, mereka bertemu Gua Kristal Gula dan Ratu Kirana.
Bersedialah menikmati di mana setiap halaman berisi kejutan yang tidak terduga.