OBJEKTIF
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda telah melancarkan program penggalakan pembelajaran kendiri melalui platform digital kepada semua murid tingkatan 4 & 5 yang melibatkan Matapelajaran Sejarah, Matematik, Sains, Fizik, Biologi, Kimia, Prinsip Akaun dan Perniagaan. Murid-murid akan diberi akses kepada bahan pembelajaran dan latihan melalui platform digital yang telah disediakan.
Untuk makluman, program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan murid-murid mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan kemahiran kendiri dalam menguruskan masa dan sumber pendidikan. Pembelajaran kendiri ini diharapkan dapat membantu murid-murid mengukuhkan pemahaman mereka dalam matapelajaran-matapelajaran tersebut melalui penggunaan teknologi yang lebih interaktif dan mudah diakses.
Penglibatan murid dalam program ini akan dipantau melalui Dashboard Looker Studio yang akan memaparkan penyertaan murid mengikut sekolah. Oleh itu, pihak sekolah diharapkan dapat memberi kerjasama untuk memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam program ini. Akhir sekali, impak program ini akan dapat membantu meningkatkan pemahaman dan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran berkaitan serta memupuk sikap bertanggungjawab dan berdikari dalam kalangan murid-murid.
Kaedah pengulangan adalah teknik yang digunakan untuk membantu murid mengingati maklumat dengan lebih baik. Dalam konteks teori behaviorisme, pengulangan berfungsi sebagai penguatan yang membantu memperkuatkan ingatan.Melalui pendekatan ini, kita akan meneroka prinsip-prinsip dasar teori behaviorisme dan cara pengulangan berfungsi sebagai alat yang berkesan dalam meningkatkan ingatan dan pemahaman pelajar.