Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : Bermula 2 Mac 2022
Tempat : Kawasan blok kelas, Pejabat dan Makmal Komputer
Peruntukan : Genosis dan LPBT
Penamatan kontrak pembekalan internet oleh pihak Genosis mengakibatkan talian internet di kawasan sekolah menjadi terhad. Tambahan pula, perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang agak bermasalah akhir-akhir ini menyebabkan sebahagian kawasan dalam sekolah tidak mendapat liputan, bahkan tidak dapat membuat panggilan. Maka, alternatif untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:
Menggunakan baki peruntukan Genosis (anggaran sebanyak RM1,000) untuk menaik taraf networking dan liputan wifi di blok sekolah, pejabat, bilik guru dan makmal komputer. Pembelian peralatan networking dibeli secara tunai.
Memohon penggunakan talian tetap sekolah (khusus untuk kewangan) selaku sekolah PTJ, untuk kegunaan warga kerja sekolah. Dengan membuat permohonan kepada pihak pembekal internet, GITN, had sambungan secara Static IP sebelum ini kepada Dynamic IP telah diluluskan. Maka, seramai 240 pengguna dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut dalam satu-satu masa. Kelajuan maksimum internet adalah 10mbps (download/upload).
Memohon kerjasama Khidmat Bantu daripada En Mohamad Azrin Sahifi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29), SMK Tiram Jaya, untuk membantu kerja-kerja konfigurasi dan pembelian peralatan yang diperlukan.
Membuat kerja-kerja pemasangan secara khidmat bantu oleh En Mohamad Azrin (FA29), Pn Fareena (FA29) dan En Hasnulfikri (GPB).
-jika ada-
Dengan pemasangan beberapa AP di lokasi strategik dan sesuai, mengabil kira kekangan peruntukan yang ada, maka liputan wifi di persekitaran sekolah dapat ditambah baik. Guru-guru juga boleh melakukan tugasan rutin guru untuk mengisi pelaporan secara online di blok kelas dengan lebih lancar dan mudah.
Senarai AP yang telah dipasang:
PDP_01
PDP_02
PEJABAT_01
PSS_SMKSB
3 Mac 2022
Konfigurasi secara remote oleh pegawai GITN untuk tetapan Dynamic IP.
En Azrin meninjau pemasangan kabel LAN ke switch utama.
Proses menarik kabel dari bilik switch utama keluar.
Menarik kabel LAN keluar untuk disambung ke blok kelas.
Menumpang paip sedia ada.
Sebahagian peralatan networking yang digunakan.
4 Mac 2022
Memasang AP pada bahagian luar pejabat.
AP Pejabat mampu meliputi kawasan Bilik Murabbi (bawah).
7 Mac 2022