PETA MINDA : DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM
PETA MINDA : DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM
JUSTIFIKASI ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
Peta minda merupakan salah satu alat pemikiran yang bercorak teknik grafik. penggunaan pelbagai corak, imej dan warna yang memudahkan pelajar semasa proses PdP. Peta minda menggalakkan penggunaan kedua-dua otak kiri dan kanan secara serentak dan meningkatkan daya ingatan serta sangat fleksibel untuk dilaksanakan dalam sesi PdP.
Saya memilih peta minda yang sesuai untuk membentangkan tentang Dasar Pelaksanaan Kokurikulum demi mengorganisasikan maklumat supaya lebih tersusun. Hal ini demi membolehkan maklumat atau nota dibaca dengan mudah. Menurut kajian, kumpulan pelajar yang menggunakan alatan pemikiran peta minda mendapat peningkatan skor dalam sesi PdP (Norliza & Abdul, 2021). Kesannya, murid dapat merasai pengalaman belajar secara santai namun objektif pembelajaran tetap dapat dicapai. Jelaslah dengan menggunakan peta minda, pelajar lebih mudah faham dan kuasai sesuatu topik kerana maklumat telah tersusun rapi.
Selain itu, peta minda dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif pelajar untuk menulis, melukis atau mencipta nota. Hal ini apabila murid mencurahkan bakat dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk melaksanakan tugasan seperti peta minda yang penting supaya murid dapat menguasai sesuatu topik pembelajaran secara maksima. Menurut Zakaria et al. (2021), peta minda dapat mengasah kreativiti dan inovasi serta imaginasi pelajar disamping dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kesannya, pelajar akan termotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dalam sesi pembelajaran dalam kelas kerana berminat dalam jenis pembelajaran bercorak kreativiti. Jelaslah bahawa peta minda sangat berkesan dalam memotivasikan murid ketika PdP disamping meningkatkan kefahaman serta kreativiti murid.
Seterusnya, penggunaan peta minda dipilih kerana merupakan alat pemikiran yang berfokus kepada isi penting. Hal ini demikian apabila peta yang digambarkan akan diletakkan input atau isi utama yang merupakan isi penting bagi sesebuah topik. Perkara ini akan menjadikan sesebuah peta itu ringkas disamping memudahkan pelajar mengingat fakta atau kata kunci bagi topik tersebut. Kesannya, murid akan mudah menguasai sesuatu topik apabila mereka dapat ingat kata kunci yang berkaitrapat dengan topik. Contohnya, sekiranya peta minda berkaitan dengan rukun solat, pelajar dapat ingat tentang setiap bahagian rukun solat dari segi perbuatan, percakapan dan niat. Jelaslah dengan pelaksanaan peta minda, murid dapat fokus disamping menguasai isi penting yang terdapat dalam sesuatu topik.
Kesimpulannya, peta minda sangat relevan untuk digunakan dalam sesi PdP kerana dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Oleh hal yang demikian, penting untuk guru pada era ini mendedahkan tentang salah satu teknik berfikir dan belajar iaitu peta minda agar murid dapat memahami, mengingat dan menguasai sesuatu topik dengan mudah.
SUMBER RUJUKAN
Zakaria, Z. A., Abdullah, N., Mahir, N. A., Selamat, S., & Bahir, K. M. (2021). Kesan penggunaan peta pemikiran dalam program I-THINK terhadap peningkatan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Jurnal Sains Insani, 6(1), 150–154. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.267
Norliza Abdullah, Zulkifli Osman, & Abdul Munir Ismail. (2021). Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Terhadap Pengajaran Penulisan Karangan Murid Tahun Lima. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(1).