Progresif Studio SMK Pusa ditubuhkan pada Februari 2021 semasa pendemik covid - 19 melanda. Kewujudan awal progresif studio adalah untuk mendepani cabaran pertandingan secara atas talian aktiviti kokurikulum pada masa itu
Pada awalnya progresif studio hanya fokus kepada penerbitan Buletin Ringkas untuk Progresif TV yang menjadi medium penyampai aktiviti di sekolah kepada para pemegang taruh
Kini, permulaan 2022, progresif studio semakin mengorak langkah dengan 2 program baru iaitu progresif Radio dan Majalah Progresif yang akan merancakan lagi kemenjadian murid seiring dengan kehendak Program Transformasi Sekolah 2025 (TS 25)