“...platform yang dinamik untuk memperkasa dan meneroka STEM.”
Program Duta Guru Petronas merupakan platform dinamik kepada guru-guru STEM untuk memperkasa dan meneroka dunia STEM dengan produktif. Paling menarik, para peserta dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan STEM yang interaktif, serta mendapat bimbingan daripada pasukan fasilitator yang proaktif. Selain menjadi medium perkongsian ilmu STEM, para peserta juga berpeluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai agensi dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti STEM yang informatif.
- Siti Rafeqah Samsunanwar, DG Kohort 3-