papekan.V2.5
Kata laluan boleh didapati daripada PGB atau GPK1 sekolah masing-masing
Klik pada gambar di sebelah untuk tujuan pengisian markah
Murid masuk
Kenal pasti mata pelajaran yang berkenaan dan klik 2 kali. Pastikan anda berada di tab Daftar Murid setelah berjaya masuk.
Taip NO KP, NAMA MURID dan KELAS di mana-mana baris (row) yang masih belum ada maklumat. Boleh taip di baris yang telah padam (delete) murid yang dikeluarkan dari senarai (proses Murid Keluar boleh rujuk di bawah).
Tanda lajur (column) E jika mata pelajaran DLP (dual language programme). Isi maklumat di lajur F,G dan H.
Anda boleh menggunakan fungsi Paste Special untuk tujuan salin dan tampal (copy and paste):
Warnakan sel yang hendak disalin dan klik Copy.
Bawa kursor ke sel yang hendak ditampal dan klik Paste special > Values only.
Murid keluar
Kenal pasti mata pelajaran yang berkenaan dan klik. Pastikan anda berada di tab Daftar Murid.
Kenal pasti murid yang hendak dikeluarkan dari senarai mata pelajaran: boleh tapis (filter) berdasarkan kelas.
Warnakan (highlight) sel murid yang hendak dikeluarkan di bawah lajur NO KP, NAMA MURID, KELAS dan tekan Delete.
Untick lajur E jika mata pelajaran DLP (dual language programme). Boleh abaikan lajur F,G dan H.
Perkara yang dilarang untuk dibuat:
Menggunakan fungsi delete row.
Menggunakan fungsi cut.
Pengisian markah
Pastikan senarai murid bagi mata pelajaran anda telah lengkap di tab Daftar Murid.
Klik tab peperiksaan yang anda hendak buat pengisian markah: TOV, ETR, UP1, PPT, PAT, PercSPM.
Pastikan markah yang anda isi adalah sama seperti diisi di Modul Peperiksaan Dalaman Sekolah (PDS) MOEIS.
Lain-lain
Semua pautan akan dibuka beransur-ansur bermula Mei 2024 untuk semakan sekolah Tuan dan Puan.
Sebarang masalah, boleh berhubung dengan Cik Nik Munirah Sa'adah binti Nik Ibrahim di 09-4264442, 019-9181408 atau nikmunirah@moe.gov.my.