Faseeh Fardha Binti Firdaus dari Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru telah berjaya meraih Johan Pidato Tun Fatimah bagi kategori Menengah Rendah manakala bagi kategori Menengah Atas, Juicy Juciana Anak Julius dari SMK Taman Megah Ria, Pasir Gudang telah dinobatkan Johan dalam Pertandingan Pidato Tun Fatimah 2024 yang berlangsung di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Azah binti Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa, Sektor Pengurusan Kurikulum (SPK), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, (BPSBP) selaku wakil rasmi Timbalan Pengarah, BPSBP, KPM.
MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN PIDATO TUN FATIMAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Video berikut merupakan keputusan rasmi Pusingan Akhir bagi Pertandingan Pidato Tun Fatimah seramai 20 peserta daripada setiap kategori yang akan bertanding pada 26 September 2024 (Khamis) di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.
Surat jemputan akan dihantar kepada peserta yang layak ke pusingan akhir.
TERBUKA KEPADA SEKOLAH BERASRAMA PENUH SELURUH NEGARA DAN SEKOLAH - SEKOLAH DI NEGERI JOHOR
PPTF merupakan satu pertandingan yang diadakan untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah bercakap di hadapan penonton. Pertandingan seperti ini penting untuk memperkembangkan diri murid dari segi akademik, kognitif, serta perhubungan sosialnya melalui medium bahasa ibunda.
PUSINGAN AKHIR AKAN DIJALANKAN PADA 26 SEPTEMBER 2024