APA ITU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI?
Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):
Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum.
Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif
SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)?
Murid bermasalah penglihatan
Murid bermasalah pendengaran
Murid bermasalah pembelajaran
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982).
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)
CIRI-CIRI MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK)
Pintar Cerdas dan Berbakat