SELAMAT DATANG KE LAMAN PPKI SMK GOMBAK SETIA
Tahun 1962- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Rancangan Percantuman) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menegah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.
Tahun 1963- Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.
Tahun 1988- Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke suluruh Negara.
Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Bahagian Pendidikan Khas berperanan merancang, mengurus dan mengawal selia pembangunan pendidikan bagi MBK di peringkat Kementerian.
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berperanan merancang dan mengurus PPKI, serta mengawal selia pelaksanaan pembangunan pendidikan bagi MBK di PPKI peringkat negeri.
Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.
• Kurang Upaya Pendengaran
• Kurang Upaya Penglihatan
• Kurang Upaya Pertuturan
• Kurang Upaya Fizikal
• Masalah Pembelajaran
• Pelbagai (Multiple Disabilities)
Justeru dalam konteks pendidikan khas, dihuraikan beberapa kategori MBK sebagai panduan untuk masyarakat lebih mengenali rupa bentuk fizikal, memahami tingkah laku dan mengetahui keperluan mereka.
(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )