Sejarah penubuhan sekolah SMK Taman Daya bermula pada tahun 1995. Lokasi sekolah ini 25 km dari PPD Pasir Gudang dan terletak dalam bandar. Penempatan murid berkeperluan khas bermula dengan penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di SMK Taman Daya yang ditubuhkan pada tahun 2001.
PPKI SMK Taman Daya telah diterajui dan menerima pimpinan daripada Pn Siti Norbayah Binti Jema’at sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang pertama pada tahun 2013.
Sehingga kini bilangan murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi ini seramai 89 orang dengan kekuatan 17 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Kini, PPKI SMK Taman Daya mempunyai 12 buah kelas.
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab;
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak; dan
Pengantarabangsaan Program Pendidikan Khas
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas