PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH
KATA ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dunia teknologi maklumat telah maju dengan begitu pantas dan selari dengan itu, seseorang tidak lagi perlu bergerak untuk mencari informasi, malah kini ia boleh diakses hanya di hujung jari. Justeru, Portal Digital PPD Temerloh ini adalah perlu bagi memenuhi tuntutan keperluan pengguna masa kini.
Dengan wujudnya Portal Digital PPD Temerloh ini, pengunjung boleh mendapatkan maklumat tentang pentadbiran dan fungsi organisasi ini. Di samping itu portal ini juga berperanan sebagai wadah saluran maklumat terkini tentang program dan aktiviti dalaman PPD, di samping maklumat tentang sekolah-sekolah di dalam pentadbiran PPD Temerloh.
Umum sedia mengetahui keupayaan dan kapasiti pendidikan digital kini tiada batas sempadan, maka dengan itu adalah diharapkan warga pendidikan dalam Daerah Temerloh akan menggunakan sepenuhnya portal ini untuk mengakses pelbagai maklumat dan menjadi gerbang perantara segala hebahan terbaharu serta menjadi satu portal sehenti capaian informasi terkini.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar portal ini dimanfaatkan secara optimum oleh seluruh warga pendidik dan pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat terkini dunia pendidikan.
Sekian, terima kasih.
ZULKIFLI BIN MAT NASIR
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh