PROGRAM
PROGRAM
SOROTAN KHAS
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
31 Mac 2026
Dengan penuh rasa syukur, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang amat membanggakan.
Pencapaian Utama:
𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐆𝐏𝐃): 𝟒.𝟎𝟒
(𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟒.𝟏𝟗 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚)
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐋𝐮𝐥𝐮𝐬: 𝟗𝟖.𝟔𝟎%
(𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟗𝟕.𝟖𝟑%)
𝐁𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀: 𝟒𝟕 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀: 𝟑.𝟒𝟕%
Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih murid, dedikasi guru, Pentadbir Sekolah , serta sokongan padu ibu bapa dan seluruh warga pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan lagi prestasi pendidikan di daerah Perak Tengah pada masa hadapan.
“Kejayaan ini milik kita bersama.”
ZIARAH SENTUHAN KASIH
13 Mac 2026
Program Ziarah Sentuhan Kasih telah diadakan dengan penyampaian sumbangan daripada Kelab Kebajikan Kakitangan serta agihan bubur lambuk oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman kepada dua warga PPD Perak Tengah yang sedang menjalani rawatan, iaitu En. Khalid bin Mohamed Zainuddin (Unit ICT) dan En. Zahari bin Omar (Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6).
Program ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga PPD Perak Tengah terhadap rakan sekerja yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan rawatan serta memberikan kekuatan kepada mereka.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MEMBENTANGKAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026-2035 KEPADA WARGA PPD PERAK TENGAH
27 Februari 2026
Sesi perkongsian berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 telah disampaikan oleh En. Azlan bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, dalam usaha mengukuhkan pemahaman bersama terhadap hala tuju pendidikan negara.
Perkongsian ini diharapkan dapat menyokong gerak kerja warga pendidikan di daerah Perak Tengah agar terus relevan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi sistem pendidikan masa hadapan.
" Kepimpinan itu bermula dari atas, mengalir ke bawah — memastikan visi jelas, hala tuju tersusun, dan tindakan sampai kepada akar pelaksanaan "
KARNIVAL & MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN DIGITAL PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH SESI 2025/2026
24 Januari 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini, khususnya kepada:
Agensi-agensi kerajaan
Pihak swasta
Sekolah-sekolah pempamer
Rakan strategik digital
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah atas kesudian menyempurnakan perasmian Karnival dan Majlis Apresiasi Pendidikan Digital PPD Perak Tengah 2025/2026.
Komitmen, sokongan dan kolaborasi erat yang ditunjukkan mencerminkan kesepaduan usaha ke arah memperkasa pendidikan digital yang lebih inovatif, inklusif dan berimpak tinggi di daerah Perak Tengah.
Semoga penganjuran program ini menjadi pemangkin kepada kelestarian ekosistem pendidikan digital serta memperkukuh jaringan kerjasama demi kemenjadian murid dan kecemerlangan pendidikan.
PPD Perak Tengah
Memacu Pendidikan Digital, Mendepani Masa Hadapan
JOHAN KESELURUHAN, Pertandingan Pickleball dan Bola Tampar Antara PPD Negeri Perak – Piala Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
17 Januari 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan cemerlang kontinjen PPD Perak Tengah yang telah dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN dalam Pertandingan Pickleball dan Bola Tampar Antara PPD Negeri Perak – Piala Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
Pencapaian ini merupakan manifestasi kesepaduan pasukan, disiplin tinggi, semangat juang dan komitmen berterusan warga PPD Perak Tengah dalam mengimbangi kecemerlangan kerjaya dan pembudayaan gaya hidup sihat.
Kejayaan merangkul Johan Keseluruhan ini bukan sahaja mengharumkan nama PPD Perak Tengah, malah mencerminkan nilai kepimpinan, kerjasama dan daya saing yang unggul dalam kalangan warga pendidikan.
Syabas kepada seluruh pemain, pasukan pengurusan dan semua pihak yang terlibat.
Teruskan momentum kecemerlangan ini demi mengukuhkan reputasi PPD Perak Tengah di peringkat negeri.
Pencapaian PPD PERAK TENGAH
🏐 Bola Tampar Lelaki
▪️ Penyertaan
🏐 Bola Tampar Wanita
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball VIP
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball 50-an
🥇 Johan
🥈 Naib Johan
🏓 Pickleball 40-an
🥈 Naib Johan
Lawatan Kerja Rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2026
12 Januari 2026
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan Bin Osman telah melaksanakan lawatan kerja rasmi sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2026 ke SK Pasir Gajah, SK Belanja, SJKC Chung Hwa, SJKT Ladang Glenealy dan SK Layang-Layang Kanan.
Lawatan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pengurusan sekolah, memastikan kebajikan, keselamatan serta kehadiran murid diberi perhatian, di samping memantau kelancaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat kerana dapat memastikan pengurusan sekolah berada pada tahap yang baik, kehadiran murid memuaskan dan PdP dapat dilaksanakan dengan lancar serta terkawal.
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan bin Osman, bersama Encik Azli bin Abdullah, Ketua Seksyen Pejabat Korporat & Koordinasi, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Haji Mohd Fauzi bin Haji Adnan, Pengurus YAPEIM Negeri Perak, serta Haji Mohd Azmi bin Haji Masjuri, Pegawai Takmir Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kepada 100 orang murid yang terjejas akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.
Program ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh murid dan keluarga mereka di samping mencerminkan keprihatinan serta kerjasama erat antara pihak pendidikan dan agensi berkaitan dalam membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat dan semangat kepada murid-murid untuk terus meneruskan pembelajaran dalam suasana yang lebih kondusif.
Penyerahan Kotak Makanan Musibah Banjir Daerah Perak Tengah
18 Disember 2025
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan bin Osman, bersama Encik Mohd Nazmi bin Mohd Hizan, Penyelaras Komuniti YAPEIM Negeri Perak, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kotak Makanan Musibah Banjir yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Titi Gantong.
Majlis ini melibatkan seramai 73 keluarga penerima sumbangan dan merupakan inisiatif sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat musibah banjir.
Tuan PPD menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan komitmen pihak YAPEIM dan PNB dalam melaksanakan program kebajikan berimpak tinggi kepada masyarakat setempat dan turut berharap agar kerjasama strategik antara agensi kerajaan, badan korporat dan institusi pendidikan dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti.Majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan pelbagai pihak dalam menyantuni keperluan golongan terjejas dan memperkukuh jaringan kerjasama demi manfaat masyarakat setempat.
Pencapaian PPD Perak Tengah di Majlis Apresisasi Anak Perak Sejahtera 2030
17 Disember 2025
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian 𝐒𝐊 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐝𝐚 𝟑 yang telah berjaya meraih 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 Pertandingan Bicara Irama 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 Sempena 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟑𝟎.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤, dalam majlis yang berlangsung di 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐂𝐚𝐬𝐮𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 @ 𝐌𝐞𝐫𝐮, 𝐈𝐩𝐨𝐡 sekali gus mengiktiraf komitmen dan kecemerlangan warga sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dalam menjayakan Aspirasi Pendidikan Negeri.
Majlis Perasmian Program Sekolah Angkat Malaysia Madani
12 Disember 2025
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman, bersama dengan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, En. Zaidin bin Mohd Noor telah menjayakan Majlis perasmian program Sekolah Angkat Malaysia Madani diadakan dengan jayanya di SK Changkat Lada 2. Turut dilangsungkan sesi penyampaian replika cek bernilai RM100,000.00 kepada pihak sekolah daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia, sebagai simbol sokongan projek dan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sekolah dalam memperkasa pendidikan inklusif serta pembangunan sekolah komuniti setempat.
LAWATAN KERJA RASMI DAN PERASMIAN MAJLIS APRESIASI SK CHOPIN ( SKM )
09 Disember 2025
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman, telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke SK Chopin dan merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah.
Dalam sesi lawatan, Tuan PPD meneliti perkembangan prestasi sekolah merangkumi aspek akademik, kokurikulum dan pengurusan, serta memberikan panduan penambahbaikan selaras aspirasi pendidikan daerah. Beliau turut menghargai usaha kepimpinan sekolah dalam mengangkat kecemerlangan guru dan murid.
Tuan PPD merakamkan penghargaan atas usaha seluruh warga SK Chopin dan berharap momentum kecemerlangan sekolah dapat diteruskan dengan baik.
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah hari ini telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih bagi meraikan pertukaran Encik Mohd Nadzri bin Md Sudin yang akan bertugas sebagai Guru Besar di SK Balun Bidai. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni ini turut dihadiri oleh barisan pegawai serta rakan sekerja sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PPD Perak Tengah.
Seluruh warga PPD Perak Tengah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, dedikasi, serta sumbangan beliau dalam memartabatkan pendidikan daerah ini. Semoga Encik Nadzri terus cemerlang dan sukses dalam meneruskan khidmat bakti di tempat baharu.
ZIARAH SENTUHAN KASIH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
01 Disember 2025
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman, telah melaksanakan Ziarah Sentuhan Kasih serta menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Kakitangan PPD Perak Tengah kepada En. Norizam bin Riman, Penolong PPD Pendidikan Khas, yang sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
PPD Perak Tengah merakamkan ucapan doa dan harapan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan, serta terus diberi kekuatan sepanjang tempoh rawatan.
KERJASAMA STRATEGIK PPD PERAK TENGAH DAN BANK RAKYAT DALAM MEMPERKUKUH SINERGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAERAH
28 November 2025
PPD Perak Tengah telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Rakyat, yang diwakili oleh En. Mohamad Syazuwan bin Hamdan, Branch Executive Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam sokongan program pendidikan dan kebajikan warga sekolah di daerah ini.
PPD Perak Tengah merakamkan penghargaan atas inisiatif dan komitmen Bank Rakyat dalam memperkukuh jalinan kerjasama bersama pihak pendidikan daerah.
PROGRAM BELANJA MOVING FORWARD 5.0
20 November 2025
Program Belanja Moving Forward 5.0 telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif memperkukuh kesiapsiagaan calon menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM 2025. Melalui program ini, sumbangan alat tulis diserahkan kepada semua calon SPM dan STPM Daerah Perak Tengah sebagai sokongan moral dan logistik bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan terbaik.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Peruntukan Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) 2025 kepada sekolah-sekolah menengah Daerah Perak Tengah. Program ini diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. Pelan Perak Sejahtera 2030 ini ,menyediakan bantuan makanan percuma selama 20 hari sepanjang peperiksaan, kelas tambahan dan tuisyen.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, yang turut menyampaikan Sumbangan Kecemerlangan Akademik kepada Sektor Pembelajaran PPD Perak Tengah sebagai penghargaan atas usaha berterusan meningkatkan prestasi akademik daerah.
PPD Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus digerakkan secara berimpak dan berfokus.
KARNIVAL PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAERAH PERAK TENGAH 2025
20 November 2025
Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Daerah Perak Tengah 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada pengukuhan potensi murid melalui aktiviti akademik, kokurikulum dan pameran komuniti. Penganjuran ini merupakan salah satu inisiatif PPD Perak Tengah dalam memastikan murid Orang Asli menerima akses pendidikan yang berkualiti dan inklusif.
PPD Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah, agensi pelaksana dan komuniti setempat atas sokongan padu yang memastikan kelancaran program ini. Diharapkan karnival ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan murid Orang Asli di daerah ini.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2025
17 November 2025
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan STAM 2025 kepada semua calon di Daerah Perak Tengah.
PEMBEKALAN ASET PERABOT SEKOLAH DI DAERAH PERAK TENGAH
10 November 2025
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah mengadakan lawatan pembekalan aset di sekolah bagi memastikan kemudahan pembelajaran berada pada tahap terbaik.
Dalam sesi ini, beliau meninjau bilik darjah, berinteraksi dengan murid dan guru, serta menekankan kepentingan pengurusan aset yang cekap demi menyokong kemenjadian pelajar. Usaha ini meningkatkan kualiti sekolah secara menyeluruh signifikan.
MAJLIS PESARAAN WARGA PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
06 November 2025
Majlis Pesaraan Warga Pendidikan PPD Perak Tengah berlangsung dengan penuh penghargaan. Pegawai Pendidikan Daerah menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa pesara yang telah menyumbang kecemerlangan pendidikan. Majlis ini memperkukuh apresiasi terhadap dedikasi warga pendidikan yang menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang dan terus diberkati dalam fasa kehidupan baharu mereka selepas menamatkan perkhidmatan.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KSSMOA PERINGKAT KEBANGSAAN
05 November 2025
Majlis Perasmian Penutupan KSSMOA Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli telah berlangsung dengan jayanya di SJKC Kuang, Chemor, Perak pada 5 November jam 8.00 malam, sekali gus menandakan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan holistik murid Orang Asli di peringkat nasional.
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah hari ini telah mengadakan Majlis Sent Off bagi meraikan pertukaran Pn. Ida Rahayu Binti Ali yang akan bertugas di tempat baharu. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni ini turut dihadiri oleh barisan pegawai serta rakan sekerja sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PPD Perak Tengah.
Seluruh warga PPD Perak Tengah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, dedikasi, serta sumbangan beliau dalam memartabatkan pendidikan daerah ini. Semoga Pn. Ida Rahayu terus cemerlang dan sukses dalam meneruskan khidmat bakti di tempat baharu.
Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga pendidikan di Daerah Perak Tengah yang meraikannya.
Semoga Pesta Cahaya ini disambut dengan penuh kegembiraan, keharmonian, dan kesejahteraan di samping keluarga serta sahabat handai. Jadikanlah sambutan ini sebagai platform untuk kita mengeratkan lagi ikatan perpaduan dan persefahaman antara kaum dalam komuniti pendidikan kita
Selamat bergembira di samping keluarga dan pandulah dengan cermat.
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah melangkah gagah ke hadapan dalam memperkasa hala tuju pendidikan melalui program Jelajah Reformasi Pendidikan yang disempurnakan oleh Encik Safuan bin Haji Raba’ai, P.P.T, Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
Majlis yang berlangsung di D’ Hotel Seri Iskandar ini menjadi simbol keazaman warga PPD Perak Tengah untuk terus menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan daerah. Dengan pendekatan strategik, kepimpinan berwawasan dan budaya kerja berimpak tinggi, PPD Perak Tengah terus menyerlah sebagai model keterampilan, profesionalisme dan inovasi dalam pengurusan pendidikan.
PPD Perak Tengah — Melangkah Menerajui Kecemerlangan!
"Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Dalam kesibukan kita bekerja, jangan lupa mencontohi Rasulullah SAW yang sentiasa seimbang antara ibadah, kerja, dan rehat. Ambillah masa untuk berehat agar kita lebih bertenaga dalam meneruskan amanah harian"
.
Alhamdulillah,
Selesai 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐏𝐌, 𝐒𝐓𝐏𝐌 & 𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 yang telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah serta pelajar cemerlang Negeri Perak. Majlis ini menjadi platform untuk meraikan kejayaan, mengiktiraf usaha gigih warga pendidik, dan menyemarakkan semangat kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar di seluruh daerah.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini atas kecemerlangan dan dedikasi yang ditonjolkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kegemilangan dalam dunia pendidikan.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidikan untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat negeri dan kebangsaan.
.
📍 Lokasi: Dewan Al -Biruni ,PPD Perak Tengah
📅 Tarikh: 22 Ogos 2025
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah telah melaksanakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat PPD Perak Tengah pada 22 Ogos 2025 dengan penuh kesyukuran dan semangat patriotisme. Majlis ini menjadi platform memperkukuh semangat kebangsaan serta memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan kakitangan PPD, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Azlan bin Osman, dalam ucapannya menegaskan bahawa sambutan sebegini adalah manifestasi sokongan warga pendidikan terhadap usaha negara membentuk generasi berilmu, berakhlak, serta beridentiti nasional yang kukuh.
📍 Lokasi: FELCRA Berhad Seberang Perak
📅 Tarikh: 17 Ogos 2025
Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari SMK Changkat Lada telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan istimewa sempena majlis rasmi yang turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kehadiran YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi turut memberikan motivasi besar kepada semua pelajar dan guru yang terlibat. Ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap usaha gigih guru-guru PPKI dan pelajar-pelajar dalam memartabatkan pendidikan khas di peringkat arus perdana.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Changkat Lada yang telah menjayakan persembahan ini dengan cemerlang. Semoga lebih banyak peluang seperti ini diberikan kepada murid-murid PPKI untuk terus menyerlah dan membina keyakinan diri.
PPD Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama daerah dalam pertandingan yang diadakan bersempena Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025.
Berikut adalah pencapaian membanggakan anak-anak murid kita:
🏆 Juara Pidato BI SR
Murid SK Belanja
🥉 Tempat Ketiga Menulis Esei SR
Murid SK Titi Gantong
🥈 Naib Johan Menulis Esei SM
Murid SM Sarjana
🥉 Tempat Ketiga Pidato BM SR
Murid SK Lambor Kanan
🥉 Tempat Ketiga Pidato BM SM
Murid SMKASAS
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua murid di PPD Perak Tengah untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.
Pada : 4 Ogos 2025
Tempat : d' Hotel Seri Iskandar.
Program bagi memantapkan pengurusan HEM daerah yang melibatkan semua PK/GK HEM telah dirasmikan oleh YB Khairudin Hj Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir Tn. Azlan bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah serta tuan-tuan Timbalan PPD Perak Tengah.
Program Nyalaan Bara Api 2.0 Cikgu Saarani telah diadakan pada 29 & 30 Julai 2025 di Dewan MDPT Seri Iskandar.
Seramai 500 pelajar tingkatan 5 terlibat dlm program 2 hari. Program yg diadakan khas oleh Kerajaan Negeri Perak dikendalikan oleh Yayasan Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah khusus utk memotivasikan anak2 Perak Tengah dalam persediaan SPM nanti.
Semoga kejayaan mengiringi pelajar SPM tahun ini.
Program Pembangunan Guru Baharu 2.0 (PPGB 2.0) ialah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memperkukuh kompetensi guru yang baru melapor diri dalam tempoh 0–3 tahun perkhidmatan.
Program ini memberi penekanan kepada bimbingan, sokongan profesional, serta pembangunan kendiri secara sistematik bagi memastikan guru baharu dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, menguasai pedagogi KSSR/KSSM, serta meningkatkan kualiti PdP secara berterusan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Khairuddin bin Abu Hanifah, EXCO Pendidikan Negeri Perak.
ARKIB