Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan.
Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:
Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga
mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau
berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Kebergantungan
Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif
tersebut
Gejala Kesan Sampingan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.
Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Kenapa mereka mengambil dadah?
Ingin mencuba
Terikut-ikut
Amalan budaya
Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
Tekanan / cabaran dalam kumpulan
Bagi tujuan merawat
Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / candu
Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
Kokain, Amfetamina –
Euforia, berkeyakinan
Penenang
Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
Benzodiazepines
Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
LSD – lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol – agen kemurungan
Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol
Lain -lain – daun ketum
Tanda dan gejala
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
Resah, gelisah
Prestasi kerja atau akademik yang merosot
Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
Bercakap merepek
Mengabaikan penampilan diri
Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
Kelihatan letih, penat dan mamai
Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
Kebersihan dan kesihatan diri
Kesihatan mental
Prestasi pelajaran
Hubungan sosial
Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
Penggunaan pelbagai jenis dadah
Aktiviti jenayah
Kaum keluarga
Masalah perubatan
Masalah psikiatri
Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional
amat diperlukan.
Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
Methadone – Ketagihan ubat penenang
Nikotin – Ketagihan rokok
Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?
Kesungguhan pada aktiviti yang lain
Status sosioekonomi
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh ibu bapa
Budaya dan etnik
Nilai hidup yang sederhana
Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
Pengasingan sosial
Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
Percaya diri sendiri
Berkemahiran menyesuaikan diri
Berkemampuan bangkit dari kegagalan
Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
Menghargai kesihatan
Membina minat dan aktiviti yang baru
Matang dalam fikiran
Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
Latihan menjadi afektif
Sokongan masyarakat
Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
Terapi dadah gantian
Pengurusan tingkah laku
Kaunseling
Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
Latihan menjadi asertif
Sokongan masyarakat
Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.