PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEMEKAD
APAKAH ITU DADAH | 'DADAH' atau 'DRUG' adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, 'Drug' bermaksud ubat-ubatan. Walaupun sedemikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug' perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of dug' yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan akan terus bengantung kepadanya.
Jangan pernah cuba !
Carilah keseronokan yang lain tapi katakan TIDAK pada dadah!
Jangan terima walau kawan belanja ! Sekali belanja, dua belanja, tiga? Terpaksa beli sendiri !