Pengenalan
Pengurusan ladang yang sistematik merupakan asas penting dalam memastikan operasi penternakan berjalan dengan lancar, teratur dan berkesan. Rekod yang lengkap membolehkan penternak memantau tahap kesihatan ternakan secara berterusan, mengenal pasti perubahan tingkah laku atau simptom penyakit lebih awal, serta mengambil tindakan pencegahan dengan cepat. Selain itu, rekod yang tepat membantu menilai jumlah pengeluaran seperti telur atau daging, memantau kadar kematian, serta mengawal penggunaan makanan bagi memastikan kos operasi berada pada tahap optimum.
Bagi menyokong keperluan ini, Projek Poultry Track diperkenalkan sebagai satu sistem rekod digital yang mesra pengguna. Sistem ini dibangunkan menggunakan platform Google Form, membolehkan pelajar atau penternak merekod data dengan mudah melalui telefon atau komputer. Setiap rekod boleh disertakan dengan gambar sebagai bukti visual, menjadikan proses pemantauan lebih telus dan menyeluruh.
Poultry Track merangkumi rekod harian, mingguan dan bulanan, yang meliputi aspek seperti pemberian makanan, pembersihan, kesihatan ternakan, pengeluaran hasil, serta aktiviti penyelenggaraan ladang. Dengan adanya sistem yang tersusun ini, pengurusan ladang menjadi lebih teratur, bersih dan mudah dianalisis. Data yang dikumpulkan secara konsisten juga membantu dalam membuat keputusan yang lebih tepat, meningkatkan produktiviti, serta memastikan kesejahteraan ternakan berada pada tahap terbaik.
Pilih jenis Rekod Pengurusan Harian Reban dan "tekan".
Isi semua yang ada di dalam Rekod Pengurusan Harian Reban.
Tekan "Submit atau Selesai".
Jika tiada apa yang mahu diisi tulis "0".
Klik Jadual Rekod Pengurusan Harian Reban.
Pilih jadual dibawah.