HAL EHWAL MURID

SISTEM PENGURUSAN MURID SMKTP

Surat Ketidakhadiran / MC murid sakit

REKOD SURAT SEBAB TIDAK HADIR KE SEKOLAH. 

Langkah 1: Maklumkan kepada guru kelas melalui group PIBG kelas masing-masing. (Guru kelas perlu menghantar ke KPM sebelum 10 pagi) 

Langkah 2: Selepas pulang dari klinik, Ambil gambar dan Muat naik surat tidak hadir / Sijil sakit / MC. https://forms.gle/3RZn4xaa6y9aKmJK9

 Langkah 3: Salinan asal boleh diserahkan kepada guru kelas apabila murid datang ke sekolah. Terima kasih. 

Apliksi Pangkalan Data Murid

Surat Ketidakhadiran / MC murid sakit

Aduan Disiplin / buli

Sekolah Penyayang / Hari lahir murid 

Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Aplikasi Bantuan Murid / Biasiswa

Aplikasi Laporan Unit HEM

Aplikasi Pemantauan 3K

REKOD AMALAN BAIK SSDM

SUMBANGAN PIBKS

SCOREBOARD HEM

enrolmen MURID

Modul berkaitan HEM

Panduan Penggunaan

Muat Turun / Folder Guru HEM

Rujukan Pekeliling HEM

STUDENT VOICE

SILA KLIK DAN JAWAB KAJI SELIDIK STUDENT VOICE BERIKUT: forms.gle/e7eXUDqD6ieZ2GRWA 

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

PROGRAM SIFAR BULI

Kebelakangan ini beberapa kes buli yang melibatkan murid sekolah telah dilaporkan.

SMK Taman Pelangi sebagai agen sosialisasi utama, bertanggungjawab membanteras gejala ini hingga ke peringkat akar umbi. lklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Buli membawa makna perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau

kumpulan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru; atau perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid berkenaan.


Borang ini WAJIB diisi oleh murid yang menjadi mangsa buli dan pengawas / ketua kelas / ahli Kelab Pencegah jenayah / Ahli Kadet Polis yang mengetahui / melihat gejala buli yang berlaku di sekolah.


MAKLUMAT DAN BUTIRAN PERIBADI MURID ADALAH RAHSIA DAN SULIT.


APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

Apa itu APDM?  Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan satu aplikasi secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid. Segala maklumat di dalam APDM akan digunakan ketika mengisi aplikasi SAPS.

Tanggungjawab untuk mengemaskini maklumat murid adalah tanggungjawab guru kelas. Guru kelas perlu mengemaskini murid dari semasa ke semasa. Maklumat peribadi murid dan penjaga murid perlu dikemaskini. Maklumat juga telah diambil daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Guru kelas hanya masukkan nombor kad pengenalan sahaja.

Bantuan yang disalurkan kepada murid juga diambil maklumat daripada APDM. Oleh yang demikian, guru kelas perlu memastikan maklumat pendapatan penjaga adalah betul supaya tiada murid yang akan tercicir daripada menerima bantuan.

Ibu Bapa dan Penjaga bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Kelas Setiap perubahan maklumat diri, alamat, nombor telefon, maklumat pekerjaan, gaji dan lain lain maklumat penting untuk perhatian dan tindakan Guru Kelas.

sila hubungi https://cikguhairul01.wasap.my untuk bantuan.


SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan cara mudah dan berkesan.

Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu dalam menyediakan maklumat dengan efektif dan terkini. Maka dengan cara sebegini, pengurusan di semua peringkat akan dapat membuat perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.