Selamat Datang Ke Portal SK Seri Sekinchan



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.


Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk kecemerlangan sekolah.


Mendepani Cabaran COVID 19, Portal Sekolah telah diwujudkan bagi memastikan kelangsungan PDPC Guru dan Murid.


Harapan saya agar semua guru, murid dan ibu bapa dapat memanfaatkan portal ini seterusnya dapat menjadi satu medium berguna untuk murid-murid SK Seri Sekinchan.


Sekian,

Terima Kasih

#StayAtHome #StaySave #KitaMestiMenang


EN AJNI BIN ISHAK

GURU BESAR SK SERI SEKINCHAN