Pameran bertema di sekolah sepanjang tahun untuk memberikan informasi tentang perayaan penting, program sekolah, dan isu-isu semasa kepada murid dan guru. Pameran ini akan diselenggarakan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama panitia-panitia dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga SKTAR.
1. Bertindak sebagai pusat memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan untuk PdPc.
2. Mengenalpasti dan menyediakan pelbagai jenis alat bantu mengajar dan bahan perisian untuk keperluan PdPc.
3. Bertindak sebagai pusat koleksi alat bantu mengajar dan bahan perisian yang boleh digunakan secara individu dan kumpulan.
4. Menubuh bank soalan dan bertindak sebagai pusat pilih buang bahan untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5. Sebagai pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat luar bagi memperoleh bahan-bahan untuk PdPc.
6. Menyediakan pelbagai jenis sumber dalaman untuk PdPc.
7. Menyediakan panduan dalam mencari, memilih, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
8. Menggalak dan mempromosi aktiviti-aktiviti PSS kepada pelajar dan guru.
9. Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran kendiri dan kemahiran teknologi maklumat.
10. Membina koleksi bahan dan peralatan mengikut keperluan semasa dan menentukan bahawa bahan-bahan
tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terkini.
11. Menyediakan alat kemudahan, fasiliti dan perkhidmatan bagi memudahkan penghasilan bahan untuk PdPc.
Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS) akan:
Menjadikan PSS sebagai agen penyebaran ilmu dan maklumat.
Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan mesra pengguna.
Menggalakkan dan mengamalkan penggunaan teknologi dan sumber maklumat secara optimum dalam proses PdPc.
Memantapkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.
1. Meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran, potensi individu, sahsiah dan pencapaian akademik murid.
2. Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional (chalk dan talk method) sahaja.
3. Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca, menyelidik melalui pencarian pelbagai sumber dan penggunaan teknologi maklumat secara sistematik.
4. Berusaha membantu guru dan murid dalam usaha menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran mengikut arus perkembangan teknologi.
5. Mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
6. Melatih murid menggunakan kemahiran mencari dan mengakses maklumat dalam proses pembelajaran murid.
Membantu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.
Memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada semua pelanggan.
Meningkatkan profesional guru.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat yang berkaitan.
Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat.
DIBUKA SETIAP HARI (ISNIN – JUMAAT)
7.40 PAGI HINGGA 1.40 TENGAH HARI
PINJAMAN & PEMULANGAN BUKU
9.40 pg – 10.10 pg [REHAT TAHAP 1]
10.10 pg – 10.40 pg [REHAT TAHAP 2]
MAKMAL KOMPUTER
MURID HANYA DIBENARKAN MASUK BERSAMA GURU MATA PELAJARAN (WAKTU PdPc)
Buku-buku bukan fiksyen di PSS SMKPP9(2) dikelas dan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Berikut diberikan secara ringkas subjek-subjek yang disusun mengikut sistem ini mengikut nombor:
000 Karya Am (General)
100 Falsafah dan Psikologi (Philosophy)
200 Agama (Religion)
300 Sains Kemasyarakatan (Social Science)
400 Bahasa (Language)
500 Sains Tulen (Pure Science)
600 Teknologi (Technology)
700 Kesenian (Fine and Decorative Arts)
800 Kesusateraan (Literature)
900 Geografi dan Sejarah Am (General Geography and History)
PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN BACAAN
INTERNET
WI-FI
FOTOSTAT
PENCETAK
KOMPUTER RIBA
PROJEKTOR
TAYANGAN
PAMERAN BERKALA
RUJUKAN
SEBARAN AM
PERATURAN UMUM
Kebersihan dan kekemasan Pusat Sumber Sekolah adalah tanggungjawab bersama.
Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di Pusat Sumber Sekolah.
Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat. Sila gunakan bakul sampah yang disediakan.
Tindakan akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang kerosakan yang disengajakan.
Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu PdPc TANPA PENGAWASAN GURU.
Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber Sekolah.
Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.
Berbaris sebelum masuk dan keluar.
Dilarang makan dan minum.
Dilarang membuat bising.
Dilarang merosakkan buku, majalah dan segala peralatan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah.
Dilarang mengambil dan mengeluarkan segala bahan dan peralatan di dalam Pusat Sumber Sekolah tanpa kebenaran.
Pelajar yang didapati mencuri atau merosakkan bahan dan peralatan akan diambil tindakan.
Guru perlu menghubungi Guru PSS atau Guru Bilik Khas untuk membuat tempahan.
Guru perlu mengisi Borang Tempahan sebelum menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja dengan mengisi Borang Tempahan di pautan yang disediakan.
Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik yang berkenaan.
Guru perlu pastikan semua suis lampu, penghawa dingin dan semua peralatan elektrik yang digunakan telah ditutup sebelum keluar.
Guru perlu memastikan bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur sewaktu meniggalkannya.
Guru perlu memaklumkan sebarang kerosakan peralatan (jika ada) kepada Penyelaras PSS dengan segera.
Guru perlu memastikan keselamatan semua murid adalah terkawal.
Guru mengingatkan Peraturan PSS kepada murid jika perlu.