KENALI PPS SAM TET
KAWASAN TERBUKA
KAWASAN PERBINCANGAN
KORIDOR MEDIA
VISI
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BERPAKSIKAN PENDIDIKAN
MISI
MENJANA ILMU SECARA BERTERUSAN KEPADA WARGA SEKOLAH BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG MEMPUNYAI DAYA INTELEKTUAL YANG TINGGI
OBJEKTIF
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran, potensi individu, sahsiah dan pencapaian akademik murid
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional (chalk dan talk method) sahaja
Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca, menyelidik melalui pencarian pelbagai sumber dan penggunaan maklumat secara sistematik
Berusaha membantu guru dan murid dalam usaha menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid
Melatih murid menggunakan kemahiran mencari maklumat dalam proses pembelajaran murid
FUNGSI PSS SAM TET:
Bertindak sebagai pusat memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan untuk PdP
Mengenalpasti dan menyediakan pelbagai jenis perkakasan dan bahan perisian untuk keperluan PdP
Bertindak sebagai pusat koleksi perkakasan dan bahan perisian yang boleh digunakan secara individu dan kumpulan
Menubuh bank soalan dan bertindak sebagai pusat pilih buang bahan untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah
Sebagai pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat luar bagi memperoleh bahan-bahan untuk PdP
Menyediakan pelbagai jenis sumber dalaman untuk PdP
Menyediakan panduan dalam mencari, memilih, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum
Menggalak dan mempromosi aktiviti-aktiviti PSS kepada pelajar dan guru
Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar dalam mengembangkan kemahiran kendiri dan kemahiran maklumat
Membina koleksi bahan dan peralatan mengikut keperluan semasa dan menentukan bahawa bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terkini
Menyediakan kemudahan reprografi, rakam-salin dan perkhidmatan bagi memudahkan penghasilan bahan untuk PdP