Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas atau nama ringkasnya SMK Pitas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Baru Daerah Pitas, iaitu bersebelahan dengan Pejabat Urus Setia Daerah Pitas.
Pelajar-pelajar dari sekitar Pekan Pitas yang menuntut di SMK Pitas ialah bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan enam. Walau bagaimanapun terdapat juga pelajar dari sekolah menengah lain yang datang ke SMK Pitas untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas memiliki 397 pelajar lelaki dan 564 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 961 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009