Audit Pemantauan 1 SIRIM 2025 ( MS ISO 9001:2015) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🌀 Tarikh : 2 & 3 OKTOBER 2025 (KHAMIS- JUMAAT)
🌀 Masa : 8.00 Pagi sehingga 5 petang
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
"Kolej Matrikulasi Melaka beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan hal ehwal akademik, pelajar dan pembangunan staf bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan."
Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Mengeluarkan lulusan program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
Kolej Matrikulasi Melaka sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
"Memastikan pelajar menerima kunci bilik pada hari daftar masuk."
"Memastikan pengurusan dan pengendalian kuliah, tutoran dan amali menepati sukatan pelajaran Program Matrikulasi."
"Mencapai sasaran 75% pelajar dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.50."
"Memastikan setiap pensyarah dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam satu sesi dan mencapai skor min sekurang-kurangnya 8.00."
"Memastikan setiap pensyarah dinilai oleh sekurang-kurangnya 60% pelajar yang diajar."
"Memastikan 100% pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum mendapat markah sekurang-kurangnya 8.0 dalam Pemarkahan 10% Kokurikulum Peringkat Kolej."
"Memastikan 100% proses penilaian dan peperiksaan bagi pelajar yang berstatus aktif dijalankan sepanjang tempoh pengajian dengan mematuhi takwim dan prosedur yang telah ditetapkan oleh BMKPM."
"Memastikan 100% staf KMM menjalani keperluan empat hari berkursus untuk tempoh enam bulan pertama."
"Penilaian pegawai yang menerima latihan dibuat tiga bulan selepas latihan."