Rumah cendawan pintar berskala kecil yang lengkap dengan sistem penyejukan.
Cendawan dapat dikultivasi dalam suasana optimum disamping penyelenggaraan yang minimum.
Penerima manfaat ialah murid-murid SMK Tasek di mana keuntungan projek digunakan untuk menampung kos aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.
Konsep (2T-Tinggal-Tuai)
IR4.0 sistem IoT.
Kempen Kesedaran 3R
Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik pelajar dan staf sekolah mengenai kepentingan 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula). Ceramah dan bengkel akan diadakan untuk menerangkan cara-cara mengurangkan penggunaan plastik, mengitar semula bahan organik, dan mengurangkan pembaziran di sekolah.
Pengumpulan Sisa Organik
Sisa organik dari kawasan sekolah (seperti sisa makanan, daun-daun, dan sisa tanaman) akan dikumpulkan dan disediakan untuk dijadikan bahan substrat bagi penanaman cendawan.
Bengkel Penanaman Cendawan Tiram Putih
Guru & pelajar akan diberi latihan tentang cara-cara menanam cendawan tiram putih. Bengkel ini melibatkan penerangan tentang cara penyediaan substrat, inoculasi (penyemaian), dan penjagaan cendawan.
Penanaman dan Pengurusan Cendawan
Pelajar akan terlibat dalam penanaman cendawan, penyiraman, pengudaraan, dan pemantauan suhu dan kelembapan yang sesuai untuk pertumbuhan cendawan.
Pemasaran dan Jualan Cendawan
Setelah cendawan dituai, koperasi sekolah akan menjualnya kepada pelajar, guru, dan komuniti sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar dalam aktiviti perniagaan dan mengumpul dana untuk menampung kos aktiviti pembelajaran di luar kelas.