Pelantar Pengurusan Persekitaran Pembelajaran Peribadi (Personal Learning Environment, PLE) ini menyediakan kurasi kandungan berkaitan teknologi digital dalam talian berasaskan kemahiran mencari maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber digital yang dapat memberi manfaat kemahiran teknologi digital kepada pengguna lain. Penyediaan kurasi kandungan ini juga diharap dapat membantu mencapai peranan pelajar berdasarkan Piawaian ISTE melalui pelbagai aktiviti pembelajaran bermakna.
Satu prosedur terbaru bagi menggantikan teknologi disruptif yang sedia ada demi merancakkan produk sedia ada dan seterusnya mewujudkan industri baharu yang lebih mantap.
Teknologi disruptif lebih banyak dikaitkan dengan industri permotoran di Amerika Syarikat.
Dikenali sebagai Internet Pelbagai Benda yang merupakan satu konsep di mana peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan an perpindahan data menerusi rangkaian.
Teknologi yang membantu individu-individu kurang upaya atau mengalami kesukaran untuk melakukan aktivti harian.
Teknologi ini merangkumi pelbagai peralatan atau perkakasan yang melibatkann tahap teknologi berkos rendah ataupun berkos tinggi.