Apa itu PLaN?
Apa itu PLaN?
Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) adalah untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi sebelum meneruskan pendidikan mereka ke peringkat menengah. PLaN berfokus kepada tiga subjek iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik.
Selain daripada sekolah yang diberikan keutamaan, sekolah rendah diberi autonomi untuk mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi serta menjalankan intervensi yang bersesuaian bagi membantu murid agar melepasi tahap penguasaan (TP) 1 dan 2.