MATLAMAT
Projek PLAN Indah adalah untuk melonjakkan Tahap Penguasaan semua murid tahun 2 dan 3 SKPI menguasai sekurang-kurangnya TP3 dalam mata pelajaran BM, BI dan Matematik seiring dengan visi dan misi sekolah.
MATLAMAT
Projek PLAN Indah adalah untuk melonjakkan Tahap Penguasaan semua murid tahun 2 dan 3 SKPI menguasai sekurang-kurangnya TP3 dalam mata pelajaran BM, BI dan Matematik seiring dengan visi dan misi sekolah.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan peratus murid Tahun 2 dan 3 yang terlibat menguasai sekurang-kurangnya TP3 dalam mata pelajaran BM, BI dan Matematik.
2. Membina hubungan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga murid-murid SKPI.
3. Meningkatkan keyakinan diri murid Tahun 2 dan 3 yang terlibat agar berusaha menguasai kemahiran literasi dan numerasi asas supaya tidak tercicir dalam pelajaran.
VISI
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLAN)
SK PUCHONG INDAH
Memastikan semua murid Tahun 2 dan 3 unggul berliterasi dan menguasai numerasi bagi kelangsungan ekosistem budaya pembelajaran sepanjang hayat.
MISI
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (PLAN)
SK PUCHONG INDAH
1. Meningkatkan keupayaan penguasaan literasi dan numerasi murid-murid Tahun 2 dan 3 melalui program dan aktiviti yang dirancang secara berfokus bermula seawal bulan April.
2. Memastikan guru melaksanakan pembelajaran aktif dan berkesan bagi membantu semua murid Tahun 2 dan 3 menguasai sekurang-kurangnya TP3 dalam mata pelajaran BM, BI dan Matematik.
3. Meningkatkan kompetensi pentadbir sebagai Pemimpin Pendidikan yang cekap dan instruksional membimbing guru melalui kaedah Penyeliaan Klinikal. Memastikan kualiti PdPc sentiasa berada di tahap paling optimum bagi memenuhi ekosistem budaya pembelajaran sepanjang hayat.
4. Mempertingkatkan kempen kesedaran kepada ibu bapa/ penjaga/ komuniti dalam usaha membasmi masalah 3M semua murid SKPI.