Pentaksiran Kompetensi Literasi Digital (PKLD)
PKLD adalah portal interaktif yang dibangunkan untuk memberi peluang kepada pembelajaran secara kendiri dan pemikiran komputasional. PKLD disediakan dalam versi Bahasa Melayu sahaja. Kemahiran literasi digital ini kepada semua murid. Portal ini menyediakan pengalaman kepada murid merasai pembelajaran kendiri secara simulasi, gamifikasi dan interaktif. Terdapat video tutorial, grafik animasi, model-building, analisis data, pengaturcaraan berasaskan blok dan teks, persekitaran simulasi dan hiperlink-text semasa menyelesaikan tugasan. Melalui teknologi, guru meneroka kaedah pengajaran yang terkini manakala murid dapat meneroka pembelajaran yang baharu secara kendiri.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sebagai peneraju utama Inisiatif #20: Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 telah merancang pelbagai program dan aktiviti pembudayaan KBAT di peringkat sekolah sebagai persediaan negara menghadapi pentaksiran antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), Programme for International Student Assessment (PISA) dan South East Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu bekerjasama untuk meningkatkan kompetensi guru dalam pembudayaan KBAT dan memperkasa literasi dan kompetensi murid dalam menjawab item KBAT setara item TIMSS, PISA dan SEA-PLM.
Menyediakan murid dalam kemahiran menjawab item berformat antarabangsa seperti PISA,
Mengesan keberkesanan PdP dalam menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi,
Mengukur kesiapsiagaan murid menghadapi pentaksiran antarabangsa, dan
Memastikan guru dapat melaksanakan strategi Pengajarabn dan Pembelajaran (PdP) Abad ke-21 dengan baik.
Ditadbir menggunakan mod dalam talian,
Kepada semua murid Tingkatan 2 dan 3 Sekolah Menengah KPM, dan
Item yang dibangunkan dalam satu versi bahasa iaitu Bahasa Melayu.