PENGENALAN 
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL) 2025
Objektif pelaksanaan PKL adalah untuk mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bilik darjah dalam membangunkan kemahiran berfikir murid. PKL juga bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan guru dan murid untuk menghadapi pentaksiran antarabangsa iaitu Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM), Trends In Mathematics And Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).
Murid juga didorong untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta pemikiran aras tinggi yang diperoleh dalam proses pembelajaran ke dalam situasi kehidupan seharian mereka, selaras dengan usaha melahirkan individu yang holistik dan berdaya saing.