Pembudayaan amalan kasih sayang, kegembiraan, hormat menghormati dan inginkan kejayaan dalam kalangan semua murid sekolah. Keterlibatan dan kebersamaan antara ibu bapa,komuniti dan sekolah dalam usaha membangunkan kemenjadian murid. Membudayakan semangat sukarelawan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa, komuniti, korporat dan masyarakat dalam semua aktiviti / program di sekolah.
Pelibatan ibu bapa dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kelas abad ke – 21.
Membantu menyediakan alat pembelajaran yang menarik dan kreatif
Pelibatan dalam Biro Akademik Sekolah
Kumpulan sokongan belajar di rumah dan di sekolah
Pelibatan ibu bapa sebagai membantu guru di dalam kelas sekiranya diperlukan oleh pihak sekolah (Sukarelawan dalam kelas)
Pelibatan ibu bapa dalam program pembangunan sahsiah dan disiplin murid (Ibu bapa sebagai role model)
Pemuafakatan komuniti bagi menangani isu disiplin seperti buli, gangsterisme dan dadah di sekolah
Membangunkan pemilihan kerjaya murid
Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid
Keselamatan murid
Pelibatan ibu bapa sebagai jurulatih / mentor dalam bidang kokurikulum dan sukan
Ibu bapa memberikan bimbingan / sokongan kepada murid atau menyumbangkan sumbangan material
Mendapatkan penajaan bagi bidang ko-kurikulum /sukan
Pelibatan ibu bapa dalam menyumbangkan kemahiran / kepakaran / material
Menyumbangkan kemudahan dan infrastruktur sekolah
Kemudahan dan keceriaan bilik darjah
Kemudahan ICT dan jaringan pintar di sekolah