PERANAN PIBG DI SEKOLAH
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.
PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruguru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka. Antara program-program yang boieh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat tentang kemajuan pelajaran mereka.
Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad.
Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas danpembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah.
Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.
PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruguru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka. Antara program-program yang boieh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat tentang kemajuan pelajaran mereka.
Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad.
Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas danpembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah.
Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.
Tingkatkan peranan PIBG
PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.
Objektif dan visi PIBG hendaklah selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari.
Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah.
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada setiap guru dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah berkenaan. Institusi ini boleh bertindak melengkapkan prasarana keperluan fizikal sekolah dan murid seperti projek makmal komputer; penyediaaan akses jalur lebar SchoolNet ke sekolah; perpustakaan yang lengkap; program TV Pendidikan; pusat sumber yang mapan; kemudahan sukan dan rekreasi yang mantap dan berkesan; serta pelbagai inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lain.
Ini termasuklah kemudahan akses internet, paparan kristal cecair (LCD), kafe siber di sekolah dan lain-lain lagi yang mampu menyokong aspirasi kecemerlangan sekolah.
Inilah agenda dan misi yang sepatutnya menjadi matlamat serta perjuangan barisan kepimpinan dan pengurusan PIBG. Dan bukannya menjadikan PIBG sebagai platform politik murahan, gelanggang mengejar nama dan pangkat, medan mesyuarat ala kedai kopi atau perebutan jawatan demi kepentingan diri sendiri dan mempunyai agenda tersembunyi yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa hadapan pelajar.
Barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka.
PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Pembangunan modal insan perlu dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar.
Ini bermatlamat melahirkan produk generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang. Hasilnya produk pelajar tersebut kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, mampu bersaing di pasaran global, berdikari, kreatif serta kebolehpasaran dalam apa jua bidang dan jurusan yang diceburi mereka pada masa akan datang.
Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru- baru ini sekali lagi menguji tahap prestasi sekolah dan keberkesanan fungsi kepimpinan dan pengurusan PIBG. Badan ini sedikit sebanyak memberi impak positif melalui program dan aktiviti yang dianjurkan.
PIBG juga dilihat mampu bertindak sebagai peneraju serta pencetus kejayaan pelajar di dalam peperiksaan awam yang diduduki, di samping faktor dalaman dan luaran lain yang menjadi asas kepada kejayaan mereka. Persoalannya ialah sejauhmanakah PIBG telah berjaya menentukan hala tuju dan misi sekolah agar terus berada pada landasan yang betul.
Adakah matlamat, piawaian dan penanda aras yang ditetapkan, berjaya dicapai oleh PIBG dan sekolah ke arah melahirkan generasi yang memiliki ciri-ciri pemikiran dan tindakan glokal, patriotik, berdisiplin, beradab dan beretika, menjunjung tinggi warisan budaya dan kesenian bangsa.
Bagi sekolah yang peratusan kelulusan masih rendah atau gagal mengekal prestasi kecemerlangan sekolah, maka PIBG dan pihak sekolah perlu melakukan sesuatu bagi menaikkan imej, identiti dan menjaga nama baik sekolah agar tidak dipandang rendah.
Mungkin lebih banyak kelas tambahan perlu diadakan dengan memanggil guru pakar memberi latihan serta memperbanyakkan kursus motivasi kepada pelajar yang lemah dan kurang potensi. Medium pembelajaran berteraskan akses Internet hendaklah digalakkan kerana pelajar boleh mengaplikasikannya sebagai sumber rujukan tambahan yang tiada di dalam bilik darjah, buku teks dan rujukan lain.
Banyak portal dan blog pendidikan yang berfaedah kepada pelajar dan guru untuk diterokai, sama ada produk tempatan ataupun luar negara. Pelajar juga mudah menyerap serta memahami apa yang telah mereka pelajari menerusi program multimedia dan internet yang membolehkan mereka mengulang kaji pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga boleh berinteraksi dan berbincang berkenaan pembelajaran dengan rakan-rakan dari sekolah yang sama atau berlainan melalui medium Internet. Ini menjadikan suasana dan realiti pembelajaran menjadi lebih menarik, moden dan mesra IT. Pembelajaran pintar ini dapat diaplikasikan melalui medium e-mel, chatting, blog dan sebagainya dari bilik masing-masing atau di kafe siber sekolah.
Oleh yang demikian, PIBG perlu memikirkan tentang perlunya penyediaan kemudahan kafe siber di setiap sekolah bagi membolehkan pelajar dan guru berinteraksi sesama mereka di luar waktu persekolahan. PIBG juga hendaklah mampu memandu sekolah sebaris dengan kelompok sekolah bestari dan berpotensi dikategorikan di dalam sekolah kluster atau Kelompok Sekolah Cemerlang (KSC) seperti yang diumumkan baru-baru ini. Peruntukan sebanyak 300 buah sekolah kluster seluruh negara perlu diisi dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Manakala Sekolah Bestari pula yang diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai menyokong aspirasi Wawasan 2020 dalam mewujudkan sebuah generasi baru modal insan yang pemikir serta celik teknologi bagi menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan global menerusi aplikasi utama MSC Malaysia.
Ini adalah penanda aras dan objektif kecemerlangan yang perlu diusahakan oleh sesebuah sekolah yang mahu ke hadapan dan berdaya saing.
Di samping itu juga, PIBG perlu mencari formula mujarab dan berkesan bagi menangani masalah sosial pelajar sekolah yang semakin parah dan serius. Masalah merokok, penagihan dadah dan pornografi, seks bebas dan pelbagai bentuk jenayah lain seperti mencuri, mencabul, membuli dan sebagainya hendaklah dibanteras secara bijak dan berhemah agar perkara ini tidak terus berlarutan dan menjadi barah dalam dunia pendidikan.
Peningkatan dan pertambahan jenayah dan masalah sosial ini amat membimbangkan, maka PIBG hendaklah segera bertindak dan mencari jalan penyelesaian yang positif. Satu pelan bertindak yang holistik dan realistik diperlukan agar perubahan dan pembaharuan dapat dilakukan melalui kaedah, formula dan method terbaik dan paling berkesan. Untuk itu, penglibatan dan kerjasama semua pihak perlu bagi mengatasi masalah.
Inisiatif ini perlu digemblengkan sewajarnya dengan bantuan pihak kerajaan, ulama, ahli politik, tokoh pendidikan, NGO, majlis alumni sekolah, pihak swasta dan masyarakat seluruhnya.
Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menuntut PIBG turun padang merencanakan teras strategi PIPP ke arah membina negara bangsa; membangunkan modal insan; memperkasakan sekolah kebangsaan; merapatkan jurang pendidikan; memartabatkan profesion keguruan; dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Sekiranya semua elemen ini berjaya diterjemahkan sebaiknya, maka dinamika dan keanjalan sistem pendidikan mapan kita akan dicontohi dan dikagumi dunia.
Pelan ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, cekap, berhikmah, telus, amanah dan bertanggungjawab. Langkah ini sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Misi Nasional dan penekanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menetapkan pembangunan modal insan yang memiliki minda kelas pertama. Gagasan dan misi besar ini tidak akan berjaya, sehinggalah subjek sasaran atau pelajar digilap dengan prinsip agama dan kemanusiaan.
Di samping itu, pihak PIBG seharusnya bijak mengadakan jaringan dan kerjasama bijak dengan institusi pendidikan terbaik dan cemerlang tempatan dan luar negara seperti Singapura, Amerika Syarikat dan England. Perkongsian pintar maklumat dan teknologi pendidikan terkini perlu diadakan agar sistem pendidikan tempatan lebih efisien, sofistikated, kompeten dan tidak ketinggalan zaman.
Melalui perkongsian pintar ini maka medan pendidikan di negara kita menjadi lebih terbuka, seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa.
PIBG, sekolah saling melengkapi
Usaha didik pelajar berjaya dalam akademik, kokurikulum tuntut interaksi dua hala
DALAM usaha memperkasakan peranan dan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), saya terpanggil untuk membicarakan beberapa perkara yang diutarakan pemimpin utama pendidikan, baru-baru ini. Dua Konvensyen PIBG (peringkat Johor dan Kebangsaan) sudah tentu ada kaitan dengan tindak balas yang patut dilakukan (atau sebaliknya) oleh ibu bapa/penjaga dan guru secara individu atau secara kolektif (menerusi PIBG) agar perkara yang diutarakan mereka tidak tinggal laporan media semata-mata.
Saban hari, isu ibu bapa/penjaga dan guru dibangkitkan untuk direnungi dan diambil tindakan. Tentunya ada yang gembira dan menyeronokkan, namun tidak kurang juga yang perit diharungi. Walau apa pun semuanya perlu ditangani dengan lebih praktikal, komprehensif, tuntas, berhemah, matang dan holistik (menyeluruh) demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan mutu hidup dan keluarga sejagat di Malaysia.
Ketika merasmikan penutupan Konvensyen Kebangsaan PIBG di Institut Aminuddin Baki, baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta kepemimpinan PIBG selalu membuat rundingan bersama ibu bapa/penjaga dalam segala hal berkaitan kemajuan dan kebajikan murid di sekolah masing-masing. Perkara ini sememangnya termaktub dalam peraturan PIBG itu sendiri.
Persoalannya sejauh mana pihak PIBG mahupun kepemimpinan sekolah melaksana sepenuhnya agar semua pihak ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar mendapat situasi menang-menang dan memanfaatkan sinergi terbaik ini? Sebagai mekanisme mudah, saluran tertentu mesti diwujudkan untuk memudahkan interaksi dua hala antara sekolah dan ibu bapa/penjaga.
Sebagai wakil Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), saya mencadangkan sekolah mewujudkan Papan Kenyataan PIBG, Kotak Cadangan PIBG, hotline PIBG serta laman web PIBG (sama ada secara sendiri atau dipaut dengan laman web sekolah. Ini bagi membolehkan permasalahan dapat dibincang secara terbuka bersama.
Saya juga mencadangkan untuk mendapatkan keselesaan rundingan antara ibu bapa dan PIBG, satu ruang tetap (bilik) PIBG diadakan. Semangat kerjasama erat, persefahaman dan keterbukaan ikhlas kedua-dua pihak mesti disemai daripada awal persekolahan lagi.
Satu perkara lagi yang diuar-uarkan Muhyiddin ialah memberi kebenaran PIBG mengendalikan kelas prasekolah di sekolah masing-masing. Saya sesungguhnya berharap cadangan ini dapat diteliti dan dihalusi implikasi jangka pendek dan jangka panjang pelaksanaannya. Saya khuatir dengan keupayaan PIBG yang rasanya belum mempunyai kepakaran, kemahiran serta pengalaman untuk menyempurnakan hasrat itu dengan berkesannya.
PIBGN juga bimbang ada semacam percanggahan kepentingan antara PIBG menguruskan prasekolah itu dengan kepentingan pengurusan sekolah. Sekarang ini pun isu yang belum diselesaikan secara tuntas adalah seperti apakah ibu bapa/penjaga boleh menjadi ahli kepada PIBG sekolah berkenaan? Ada pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa/penjaga prasekolah menjadi ahli PIBG. Ada baiknya pengendalian kelas prasekolah dikelolakan organisasi profesional yang sudah diiktiraf mengendalikan kelas berkenaan.
Pada Konvensyen PIBG Johor pula, apa yang menarik ialah Forum membincangkan tema IM -1PIBG (1Malaysia Satu PIBG). Pada forum itu misalnya, banyak sudah dibicarakan yang antara lainnya menekankan, PIBG perlu memberikan keutamaan kepada pelajar seperti yang termaktub dalam Peraturan PIBG yang bertujuan menjadi forum dan perkhidmatan bagi kebajikan serta kemajuan murid di sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
Semua yang menganggotai PIBG, baik ibu bapa mahu pun guru, perlu memahami tanggungjawab masing-masing dan tidak mengambil kesempatan demi kepentingan diri dan tidak mempolitikkan PIBG.
Peranan PIBG untuk membantu guru dan bukannya bantai guru, adalah pelbagai. Jika pihak sekolah berperanan membangunkan IQ (kecerdasan intelek) pelajar, PIBG sepatutnya dapat melengkapkan pembangunan EQ (kecerdasan Emosi), SQ (kecerdasan spiritual) & FQ (kecerdasan keluarga). Ini selaras kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membangunkan rakyat secara menyeluruh khususnya akademik dan akhlak.
Batasan PIBG tidak mencampuri hal kesatuan dan hal mahkamah. PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa persatuan kepada perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.
PIBG juga tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara lain yang berkaitan antara persatuan dengan guru besar, pengetua atau kakitangan sekolah yang mana persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran atau kerajaan negeri atau Persekutuan.
Berikut cadangan ringkas bagi memperkasakan PIBG untuk mengoptimumkan sumbangan dan peranan yang lebih bermakna lagi agar kepemimpinan sekolah didukung bersama oleh PIBG:
Menyediakan Buku Panduan Am Kepemimpinan dan Pengurusan Sekolah-Sekolah di Malaysia.
Kursus wajib untuk semua ahli jawatankuasa PIBG. Kursus Asas Kepemimpinan & Pengurusan PIBG hendaklah diadakan agar semua AJK PIBG faham benar-benar tugas dan tanggungjawab masing-masing;
Pengiktirafan kepada PIBG terbaik pelbagai peringkat (Anugerah PIBG Terbaik pada peringkat daerah, negeri dan nasional);
Anugerah Tokoh PIBG pada pelbagai peringkat (Tokoh PIBG peringkat sekolah, daerah, negeri dan nasional);
Mempergiatkan penjenamaan Majlis Permuafakatan PIBG peringkat kebangsaan, negeri dan daerah yang menjadi usaha menggalakkan kerjasama setempat dan serantau serta menangani segala gejala sosial murid secara bersepadu dan kesepakatan.