Inovasi digital yang dinamakan sebagai Phy.edu.09 ini merupakan inovasi digital yang berbentuk google site dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat. Penghasilan bahan inovasi digital ini bertujuan untuk memudahkan lagi tugasan guru Pendidikan Jasmani untuk memperolehi bahan PdP yang lengkap dan memudahkan guru untuk merujuk segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, bahan inovasi digital ini juga bertujuan untuk memudahkan lagi proses PdP murid di sekolah dan tugasan di rumah. Hal ini demikian kerana, bahan inovasi digital ini menyediakan bahan PdP yang mudah untuk dirujuk dan difahami, dalam masa yang sama dilampirkan juga bahan-bahan penilaian yang bertujuan untuk mengukur tahap pemahaman dan penguasaan mereka terhadap sesuatu subtopik yang diajar pada hari tersebut.